Saturday, August 16, 2014

Hatta Dipelawa Sertai Parti DAP Sebagai Balas Dendam Terhadap Pas Yang Mempelawa Khalid



Lim Kit Siang beberapa hari lepas telah menyelar, mengecam dan mencerca PAS kerana membuka pintu keahlian kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan alasan, tindakan PAS itu adalah mengkhianati DAP dan PKR yang telah membentuk Pakatan Rakyat bersama-sama PAS.


Tidak sepatutnya PAS mencuri ahli-ahli dari PKR atau DAP, walaupun secara dasarnya, penawaran tersebut dibuat setelah Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Menurut sumber dalaman satu perkembangan terbaru yang tidak kurang menariknya ialah, DAP pula telah menjemput dan menawarkan keahlian DAP kepada Dr. Hatta Ramli yang merupakan antara pemimpin kanan PAS.

Dr. Hatta Ramli adalah Ahli Parlimen Kuala Krai. Dalam PAS yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya sekaligus menjadikan dia sebagai salah seorang daripada Jawatankuasa PAS Pusat mengandungi 39 orang yang diketuai oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Selain menawarkan keahlian dalam DAP, parti tersebut turut berjanji yang Hatta Ramli akan diberikan status quo dan dia juga akan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya DAP Kebangsaan, jawatan sama yg sedang disandangnya sekarang dalam PAS.

Sekiranya tawaran tersebut diterima, Hatta Ramli akan menjadi Ahli Parlimen PAS pertama yang menyeberang masuk DAP.

Bagaimanapun, difahamkan yang Hatta Ramli belum lagi memberikan kata putus. Sumber terdekat mengesahkan, Hatta Ramli tidak berani memberikan kata putus selain telah meminta agar DAP tidak perlu bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Selangor ekoran 'kejayaan' menguasai sekurang-kurangnya 30 ADUN.

DAP juga telah diberikan jaminan bahawa penyokong pro-Anwar dalam Pas yang akan sama-sama bermesyuarat esok akan memastikan keputusan berpihak kepada menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.

DAP menjangkakan isu Selangor akan membuatkan PAS berpecah memandangkan sebahagian besar daripada AJK PAS Pusat terdiri daripada golongan yg digelar Anwarinas dan penyokong kuat DAP sekalipun berkeahlian PAS.

Justeru, DAP berasakan, Hatta Ramli akan menerima nasib yang sama seperti Khalid Samad apabila dilabelkan sebagai pengkhianat PAS.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.