Sunday, August 10, 2014

Kami Mahu Khalid Bukan Nenek Kipas



Penyokong PKR mula marah dengan tindakan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tekini PKR telah menganjurkan forum bertajuk ‘Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan Rakyat?’ malangnya Forum tersebut dicemari dengan insiden apabila menghadapi tentangan hebat daripada penonton yang hadir.

Lebih 50 orang peserta forum tersebut yang rata-rata tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin PKR petang Sabtu yang mengambil tindakan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu, bertambah marah apabila integriti Abdul Khalid dipersoalkan oleh seorang ahli PKR.

Ini menyebabkan peserta forum tersebut melaungkan sokongan mereka kepada Abdul Khalid dimana ada di antara mereka menunjukkan sepanduk yang bertulis kata-kata seperti ‘Rakyat tetap sokong TSKI’ dan ‘Rakyat Selangor akan balas dalam PRU’.

Malah, salah seorang peserta forum itu tampil ke hadapan dan berkata, “Kami mahukan Menteri Besar yang ada integriti, bukannya Menteri Besar boneka.’

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.