Friday, August 15, 2014

Lembab Sungguh Nak Buktikan Tulang Babi pun Ambil Masa Sampai 40 hari


Kita tidak tahu dimana silapnya kerenah birokrasi agensi kerajaan sehingga menjadikan untuk menentukan tulang yang diambil dari kolam ikan patin di Batu Gajah memakan masa sehingga 40 hari.

Pendedahan tulang babi yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh - Batu Gajah telah disebar oleh pemilik media sosial pada 7 Julai 2014 lagi.

Pada 8 Julai 2014 pegawai dari Jabatan Perikanan negeri turun padang ke lokasi kejadian pagi tadi untuk mengambil sampel tulang untuk dianalisa.

Pada 8 Julai 2014 JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan , meminta orang ramai khususnya pemilik laman media sosial tidak menyebarkan isu berkenaan selagi tiada sebarang bukti sahih.

Pada 9 Julai Pengarah JAIPk memaklumkan “Jika kolam berkenaan berdaftar dan ada memohon sijil halal, kita akan bertindak. Tetapi jika ia tidak berdaftar, maka sukar untuk kita bertindak. “Kita tidak boleh bertindak di luar bidang kuasa. Kolam ini milik persendirian dan terpulang kepada pemilik bagaimana untuk mengusahakannya. Takkan kita nak pergi sita,” 

Lepas tu tidak ada apa lagi cerita tentang ikan patin babi di Batu Gajah ini sehinggalah genap 40 hari barulah keputusan dibuat bahawa ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh - Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu, kenapa 15 Ogos baru nak buat kenyataan?

Menurutnya, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai iaitu 3 hari selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai.

"Susulan daripada kes ini, pihak Jabatan Perikanan akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya memastikan semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan Jabatan Perikanan untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan‎," katanya di majlis Interaksi dan Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Pengarah Bersama Warga Perikanan Negeri Perak di sini, hari ini.

Kepada umat Islam, nasib baik kolam tersebut pecah jika tidak ramai umat Islam yang tidak tahu ikan patin yang mereka makan adalah ikan patin babi.

Nasib baik ada majlis Interaksi dan Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Pengarah Bersama Warga Perikanan Negeri Perak jika tidak tiada kenyataan berkenaan pengesahan ikan patin babi.

Kenapa perlu tunggu majlis penting baru nak buat kenyataan penting sebegini?

4 comments:

  1. mengapa tidak di kempen besar besaran untuk orang ramai tahu patin babi ni, ini fardu kifayah untuk menyedarkan rakyat mengenai perkara ini. kemungkinan besar mana mana kolam ikan milik kafir memberi ikan peliharaan mereka makan bangkai babi...patut kah orang islam makan ikan yang makan babi..patut satu pemantauan dan sebaran berita di buat secara meluas

    ReplyDelete
  2. Benda ni dah lama dicakap hampir 10 th lalu.supaya jgn mkn ikn lombong d Bg.krn dberi mkn perut babi.

    ReplyDelete
  3. memang niat busuk orang kafir nak bagi melayu islam makan barang haram,..kopi tiam cina satu contoh yang ada bahan babi dalam penyediaan makanan dia...tetapi anak muda melayu masih berkunjung ke kedai kopi tiam...untuk makluman...roti atau jenis jenis roti yang di buat biasanya ad minyak babai...atau lard..tujuan nya untuk rasa sedap, gebu, tahan lama, menarik...awas lah dengan makanan jenis roti di kopi tiam cina tu....

    ReplyDelete
  4. Salah melayu Perak gak, cuba kome semua boikot produk cina, tmn dh kata dr dulu lagi melayu Perak nak buat perkara semudah 'boikot' peniaga cina pn kome tak mampu lakukan apalagi perkara yg lebih besar n payah. hebohlh kome marahkan 'cina DAP' tapi kome jugak yg berbelanja kt kedai mrk.... utk info rata2 peniaga cina di Perak penyokong tegar DAP, setiap sen yg kome belanja akhirnya dpt ke dana pilihanraya DAP ade fhm ke yub.... pikio le yub.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.