Monday, August 11, 2014

Lim Kit Siang Anggap Pas Parti Yang Tidak Bermaruah dan Jijik



Lim Kit Siang Memberi amaran kepada Pas jangan cuba-cuba tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sertai Pas kerana menurutnya perbuatan itu dilihat seperti tidak berpendirian dan tidak bermaruah.

"Ia sangat menjengkel dan menjijikkan yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS", kata Lim

Penasihat parti DAP dan Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut menyebabkan Pas sudah tidak diterima lagi dalam pakatan kerana menimbang cadangan hina itu," katanya.

Lim bagaimanapun sedikit lega apabila beberapa pemimpin Pas menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan pakatan walaupun Presiden Pas Haji Hadi Awang belum memutuskan tentang itu.

DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik, kata Lim Kit Siang.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.

1 comment:

  1. Nampaknya ahli ahli pas juga kena berhati hati memilih kepimpinan parti. Ada yang disangka baik itu rupa rupanya buruk didalam........jatuhkan buah buah yang berulat ini.....sebelum ulatnya merebak ke buah muda yang belum matang lagi.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.