Thursday, August 14, 2014

Nasihat Bekas Peguam Ketum Anwar Zulkifli Nordin Kepada Khalid dan Pas


NASIHAT KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN PAS

Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid supaya melakukan segera perkara-perkara berikut:

1. Memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan mengarahkan Anwar mengosongkan serta-merta pejabat PENS dan membawa bersamanya kesemua kakitangan yang ada;

2. 
Memecat serta-merta kesemua anggota Exco Kerajaan Negeri daripada PKR-DAP; - Done-

3. Memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR dan mengarahkan beliau mengosongkan pejabat dengan serta-merta;

4. Memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;

5. Melantik sekurang-kurangnya tambahan 6 orang lagi ADUN PAS menjadi Exco Kerajaan Selangor, ini akan menjadikan Exco Selangor mantap dan kuat dengan 10 anggota Exco;

6. Apabila Dewan bersidang nanti, memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau yang setaraf dengannya sebagai Speaker DUN yang baru,

7. Memberi surat tunjuk sebab kepada semua Ahli Majlis PBT daripada DAP-PKR menyatakan mengapa mereka tidak harus dipecat kerana menyokong pendirian parti mereka DAP-PKR memecat Tan Sri Khalid. Jika mereka masih menyokong DAP-PKR, maka kesemua Ahli Majlis PBT tersebut wajib dipecat serta-merta;

8. Kesemua jawatan Ahli Majlis PBT yang dikosongkan itu hendaklah diisi oleh ahli-ahli PAS atau aktivitis masyarakat yang bersesuaian;

9. Mengadakan pertemuan segera dengan kesemua ADUN PAS Selangor dan pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk memastikan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

10. Mendedahkan kepada rakyat, jika ada, kesemua projek atau habuan kewangan yang telah, sedang dan dalam proses diperolehi dan atau diberikan kepada Anwar Ibrahim, kroni atau ahli keluarganya, atau pimpinan dan ahli PKR-DAP serta kaum keluarga mereka.

Kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi Awang, dan kepimpinan PAS, saya mendoakan supaya istiqomah dalam keputusan menyokong Tan Sri Khalid. Saya mendoakan supaya mereka dihindari dan dijauhi daripada fitnah, tipudaya, pembohongan dan putarbelit daripada PKR-DAP dalam keputusan mereka mempertahankan Tan Sri Khalid.

Manakala kepada PAS pula, saya nasihatkan supaya mengambil kesempatan daripada peluang pembentukan Kerajaan Selangor ini dengan menunjukkan kehebatan dan kebaikan pemerintahan Islam. Fahami prinsip Fiqh Awlawiyyah dalam pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan.

Jangan lakukan kesilapan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pertahan dan perkasakan Islam dan syariat Islam sebagaimana yang ditetapkan Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw; dan jagalah kepentingan dan kebajikan orang Melayu sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tanpa menafikan hak atau menzalimi kaum bukan Melayu dan bukan Islam.

Ingatlah, Allah yang memberikan kuasa, dan Allah yang menarik balik kuasa!

Peganglah amanah yang diberikan Allah ini sebaik-baiknya. Jangan jadikan jawatan dan pemerintahan sebagai medan membuat habuan, tetapi jadikan ianya sebagai suatu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti!

Allah hu akbar, walillah hilhamd!

Wallahhua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
16 Syawal 1435
12 Ogos 2014

6 comments:

  1. ada beberapa perkara yg tidak bersetuju.. jika semua adun pas jd exco sapa yg nak jd cek n balance kerajaan negeri n usaha perpaduan melayu tdk terlaksana.. jika perpaduan melayu tdk berjaya d peringkat kebangsaan apa salahnya di cuba d peringkat negeri dahulu.. dgn itu ia blh di jadikan model utk peringkat nasional..
    umno mungkin berakhlak tidak mengenakan sbrg syarat tetapi akhlak tski utk melibatkan mrk dlm kerajaan negeri adalah lebih baik utk perpaduan yg telah di tunjukan jln oleh Allah. satu perkara yg tski kena ingat jika semua adun pas menjadi exco ia adalah kedudukan yg bahaya buatnya krn dlm pas juga terdpt golongan anwarinas.
    mayb darah pas yg ada pd zul nordin telah menggelapkan matanya membuat pertimbangan yg adil.. kena ingat di selangor pas bkn menang 2/3 majoriti dan jika salam yg d hulurkan oleh umno tdk di uruskan dgn bijaksana episod ini takkan berakhir disini shj..akan ada episod lain yg akan berlaku. nasihat sy lupakanlah ketamakan kuasa yg dunia yg sementara pikirkan kebaikan ummat islam.. jika ini pun tak dpt dilakukan d msia lupakanlah hasrat utk membantu umat islam d palestin..

    ReplyDelete
  2. Untuk pertama kali ada tiga puak dalam pemerintahan sebuah negeri.

    1. Khalid Ibrahim & PAS - Pemerintah
    2. PKR & DAP - Pembangkang
    3. BN - Referee

    Hebat Hebat

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn. cadangan BERNAS YB Datuk Zulkifkli Nordin ni!

    SYUKUR ALHAMDULILLAH kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, makin diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM! DAULAT TUANKU!

    Dah tiba masanya diTENTANG habis-habisan PENIPUAN legasi PENJAJAH Barat-ZIONIS melalui undg-undg sivil ciptaan mereka, yg. seolah lebih berkuasa dari undg-undg ISLAM pusaka nenek moyang kita serta kuasa EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita, sbg. pemerintah asal NEGARA ISLAM ini, sebelum kita diJAJAH si KAPIRDAJAL British-ZIONIS-BINATANG BUAS!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari semasa PENJAJAHAN British-ZIONIS pun; hingga semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Bahkan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, juga adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).

    ReplyDelete
  4. Boleh harap kepada barua totok daPig. Ni?

    ReplyDelete
  5. Oi anon 8.14am, lu jgn. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

    PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

    ReplyDelete
  6. Kerusi Dun Selangor di dalam angka genap.akan wujud kerajaan neutral di bawah TSKI.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.