Monday, August 18, 2014

Nik Aziz Sokong Isteri Anwar, Wan Azizah Tapi Enggan Ulas Sebabnya


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad yang menerima isteri Anwar Ibrahim sebagai menteri Besar Selangor sekaligus menolak tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Saya telah mendengar penjelasan daripada Presiden PAS dan Setiausaha Agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankuasa PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya

Ketika ditanya kenapa bertindak menyokong Wan Azizah sedangkan keputusan sebelum itu berbeza, Nik Abdul Aziz kemudiannya berkata: "Siapa jadi MB (menteri besar) itu terpulang kepada perkenan Sultan".

Sementara itu, Abdul Hadi berkata keputusan PAS memilih Wan Azizah itu juga tiada kaitan dengan dakwaan menyokong nepotisme yang cuba diamalkan oleh PKR atau melantik isteri individu tertentu.

"Saya tidak mahu komen dengan nepotisme atau tidak atau ia telah bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama. Terpulang kepada Sultan untuk menentukan dan itu bukan hak kita," katanya.

4 comments:

  1. Anwar kluar video pun x ada kaitan.. video besi ooiii
    Barua.. dia boleh.. org buat x boleh
    Anak haram punya law

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi pun tak berani komen pasal nepotisma.
      Sebab kena kat pakatan sendiri.

      Delete
  2. Haaa Haaa... Macam Nie Nak Tegakkan Islam..

    Diri sendiri pon tak betul...

    Puak Lahanat

    ReplyDelete
  3. Walaupun ada majoriti seperti didakwa, takbole tunggu masa sidang DUN buat undi tak percaya? DYMM lantik dah TSKI, tunggulah DYMM balik dari 'cuti'. Kalau cuti kau orang diganggu marah tak? Sementara tu biarlah TSKI buat kerja dia sementara nasibnya dapat ditentukan.
    ini sekejap sokong tski kejap tidak. Bagaimana DYMM nak layan kumpulan begini macam? Lagi baik pergi "cuti". Nak sangat Istana jangan campur - rasakan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.