Thursday, August 14, 2014

Pas Beri Tempoh 24 Jam Kepada 2 Adun Yang mengkhianati Parti Atau Hadapi Tindakan


PAS Selangor memberikan tempoh 24 jam kepada 2 Adunnya iaitu  Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang telah mengkhianati Parti dengan menyokong pihak Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah untuk meminta maaf dan menarik balik pendirian itu.

"Tindakan dua ADUN PAS di Selangor yang telah mengkhianati parti amatlah serius dan kita akan bertindak,

“PAS Selangor memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi konsekuensi tindakan,” kata setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman (kanan).

Pas mengingatkan kembali kepada 2 Adunnya tentang sumpah baiah yang telah dilafazkan sebelum dicalonkan sebagai Adun pada PRU13 yang lalu.

Pas menyifatkan tindakan Saari dan Hasnul itu sebagai tamak, taksub, gopoh sehingga sanggup mengkhianati parti sendiri.


“Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?" kata Khairuddin sambil meminta dua ADUN itu sabar menunggu mesyuarat penting itu.

Beliau justeru “menasihatkan” dua ADUN itu menarik balik pendirian mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin.

Ini katanya termasuk “melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon”.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.