Friday, August 15, 2014

Peguam Kes Liwat Anwar Mahu Sultan Tabal Wan Azizah Sebagai MB Selangor



Pejabat menteri besar Selangor kini dianggap kosong selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan walaupun Wan Azizah sudah memiliki majori sokongan ketika ini, kata seorang peguam kes Liwat Anwar.

Tommy Thomas merupakan peguam kanan di Majlis Peguam Malaysia yang rapat dengan pemimpin DAP, malah beliau pernah dilantik oleh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.


Thomas berkata, Sultan Selangor sepatutnya kini melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu kerana beliau menerima sokongan 30 Adun daripada 56 ahli DUN.

“Bukti hilang keyakinan tidak semestinya terhad kepada usul yang dibawa ke persidangan DUN. Sebaliknya, bukti sudah dikumpul daripada sumber berkaitan,” katanya

Thomas berkata Khalid kini bukan lagi menteri besar Selangor berikutan sokongan yang ditunjukkan Adun kepada Wan Azizah.

Thomas berkata, Khalid yang bersiap sedia untuk bertempur tidak mampu menahan undang-undang lebih lama berhubung jawatannya sebagai menteri besar.

Beliau berkata, susulan sidang akhbar Wan Azizah, apabila 30 Adun mengisytiharkan bahawa mereka kurang yakin terhadap Khalid, ditambah dengan sokongan daripada 2 Adun Pas kepada Wan Azizah.

6 comments:

  1. nak lantik sepat tu wat pa,dia bukan anak selangor,mai dari mana ntah..nak jadi mb selangor..akai ada ka???

    ReplyDelete
  2. korang semua mungkin tak tahu lagi kehebatan dan specialnya sepat kering.. kalau makan dgn pulut dan sambal petai..emm enaknya.. kena pulak time hujan.. mau tambah 2,3 pinggan. akhirnya sepat kering dijadikan korban oleh pulut dan petai.

    ReplyDelete
  3. Harap Sultan Selangor jangan mencemar Duli pada hantu kipas yg telah tercemar , Nanti satu selangor tercemar dengan hantu kipas

    ReplyDelete
  4. peguam tu belajar di mana dia boleh campur urusan sultan? kenapa dia campur hah? dia ada hak kerr?

    ReplyDelete

  5. APA JLN SEPAT KERING NK JD MB. KALAU KHALID HILANG SOKONGAN TAK KAN DIA NK DIAM DIRI. DIA AKAN BUBARKAN DUN. MEMANG KEMPUNAN.

    ReplyDelete
  6. TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur. Memang Istana tak ada campurtangan pun. Nak apa lagi sekarang dari Istana?

    http://novandri.blogspot.com/2014/08/terkini-krisis-mb-muka-muka-yang.html?showComment=1408088152393#c3445213381179293557

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.