Tuesday, August 12, 2014

Pensyarah Pro-Anwar Kata Pemecatan Exco yang Dibuat Oleh Khalid Tidak Sah


Seorang pensyarah yang pro- Anwar (Liberal) berkata pemecatan 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal.


Pensyarah tersebut berkhidmat di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bersih bersama S. Ambiga membuat kenyataan bahawa pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang.

Menurutnya hanya Sultan sahaja yang boleh memecat anggota Exco.

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP kerana gagal bekerjasama dengan menteri besar setelah pertemuan pada tengahari tadi gagal.

Lima daripada Exco yang terlibat sudah pun menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara.

Kini Khalid disokong oleh 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara sedangkan Khalid telah memanggil kesemua exco tersebut ke bangunan SAS untuk berbincang samada mahu teruskan atau tidak.

Khalid terpaksa menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor apabila mereka degil dengan tidak mahu menyokong beliau sebagai menteri besar.

Walaubagaimana pun Anwar Ibrahim akan bertindakbalas terhadap tindakan Khalid yang seolah-olah mencoteng arang kemukanya.

Sementara itu PKR dan DAP mahu exconya meneruskan tugas exco seperti biasa sehinggalah menteri besar baru dilantik menggantikan Khalid.

Ini bermaksud Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat persetujuan PAS bagi menggulingkan Khalid sebagai menteri besar melalui undian.

Jika Pas tidak lagi menyokong Khalid jawatan menteri besar menjadi kepunyaan keluarga Anwar Ibrahim.

6 comments:

  1. Bila bab TSKI dipecat, tidak diberi peluang bersuara dan bela diri boleh pula. TSKI baru je hantar surat ke Sultan memohon sembah utk pemberitahuan kedudukan 6 EXCO ni. Releks la dulu. Tunggu dan lihat. Jangan la cepat melatah wahai pensyarah kangkong . Hehehe...Fitnah sana fitnah sini.. Apa yang dapat.

    ReplyDelete
  2. Khalid dah maklumkan pada Sultan dalam pertemuan pada Isnin yang lalu pasai apa pensyarah kongkang ini dok kalut

    ReplyDelete
  3. anwar pecat satu, Khalid balas 6... anwar cirit birit..huhu

    ReplyDelete
  4. Sultan sudah dimaklumkan dalam perjumpaan pada hari Isnin...takkan nak suruh Sultan sign surat pemecatan kot? Jangan jadi Jijah surat nak jumpa Tuanku pun laki kena tuleh...lagu ni macam mana nak jadi MB nah. Yang KETUM tu pun awat dok kalut...jawatan dia pun dilantik oleh Jijah. Memang sah Parti Keluarga...laki lantik bini..bini lantik laki..laki lantik anak. Nak lantik menantu la ni takleh la pasai anak dok sibuk nak bercerai. Memang omputeh kata Dysfunctional Family!

    ReplyDelete
  5. Sian kat bang non. Menggelupur mcm ayam baru kena sembelih. Bak kata pepatah, yg dikejar x dpt yg dikendong berciciran....kuang..kuang...kuang

    ReplyDelete
  6. Itulah namanya x pndi bersyukur
    Tamak... jahil. Ikut nafsu mcm babi hutan
    Nafsu seks dia boh sapa saja.. x kira hantan betina.. x kira melayu cina.. xnkira bini sapa.

    Tp dia silap.. seks songsang dan politik x sama beb !!
    Dlm politik.. dia tutoh org.. org tutoh dia balik

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.