Saturday, August 16, 2014

Perkasa Minta Polis Menyiasat Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Karim Yang Menghina Sultan Selangor





Perkasa Selangor telah membuat laporan kepada pihak berkuasa ekoran terdapat satu komen penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, laporan tersebut dilakukan di balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada jam 8.00 malam bertarikh 15 Ogos 2014.




Beliau menjelaskan, pada jam lebih kurang 5.00 petang sewaktu berada di Ibu Pejabat Perkasa Selangor, beliau telah membuka laman sosial Twitter dan didapati pengguna Twitter yang menggunakan ID @hakarim51atau dikenali sebagai Hassan Karim telah memuat naik ‘tweet’ yang telah menghina Sultan.

Hassan Abdul Karim merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang kini telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi naib pengerusi PKR Johor.

Hassan telah memuat naik status dengan menyatakan ‘Sultan jenis apa ini? 
Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri’.

Bukan itu sahaja, pengguna Twitter itu juga telah menyatakan bahawa kerajaan Khalid di Selangor sekarang adalah haram, exco pun haram, keputusan mesyuarat pun haram, gaji pun haram dan mempersoalkan sama ada pihak istana menyokong benda haram ataupun tidak.

Bahkan, Hassan turut memuat naik ‘tweet’ yang didapati mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang memihak kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Sultan Selangor perlu belajar dari Sultan Perak yang lalu, Khalid pun begitu, kena baca penghakiman mahkamah persekutuan dalam kes Nizar menentang Zambry,” tulis Hassan di dalam laman Twitter miliknya.

Manakala bagi Durrany, beliau membuat laporan tersebut agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membuat siasatan terhadap perkara ini.

“Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kerana ini satu penghinaan terhadap Sultan Selangor,” katanya.

Hassan sebelum ini pernah menyerang Sultan Johor dengan mengirim surat sindiran kepada menteri besar Johor agar bertanggungjawab jika sekiranya rakyat menghina sultan Johor apabila  membawa draf mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).

10 comments:

  1. ooo itu bukan saya yang tulis tapi twitter saya telah digodam

    ReplyDelete
  2. ooo itu bukan saya yang tulis tapi twitter saya telah digodam

    ReplyDelete
  3. Tgk sultan dia la bro...

    ReplyDelete

  4. KERANA PULUT SANTAN BINASA
    KERANA MULUT BADAN BINASA.
    TINDAKAN TEGAS KE ATAS ORANG YG KURANG AJAR MCM NI.

    ReplyDelete
  5. Ni lah jenis Melayu BODOH! Sultan Melayu tahu nak menghina....kaum pendatang yang memperbodohkan orang Melayu, disanjung dan dipuja.

    Orang cina cakap apa? Tiu niah mah chor hai? Hah....itu je yang sesuai untuk orang2 PKR ni.

    ReplyDelete
  6. ingat sama Namewee....!

    ReplyDelete
  7. Rakyat Tunggu Tindakan PDRM dan Peguam Negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. tunggu... dan tunggu... dan terus tunggu

      Delete


  8. API ITU HENDAK LAH DIPADAMKAN MASA DIA KECIL. KALAU DAH BESAR SUSAH.

    ReplyDelete
  9. Salah melayu gak, kalau perniaga cina pn melayu x boleh nk 'boikot' jgn hrp lh nk hapuskan pengaruh cina dlm kerajaan. pasti PM akan tunduk dgn tuntutan MCA o DAP........!!!!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.