Wednesday, August 6, 2014

Tantawi Kata PKR dan DAP Memang Penipu Depan Cakap Lain Belakang Cakap Lain


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PKR dan DAP seharusnya cermin diri mereka dahulu sebelum menuduh Pas sebagai parti pengkhianat.


Apa yang mereka buat selama ini tidak seperti apa yang mereka cakap, depan cakap lain dan apabila melaksanakan lain pula.

Tantawi berkata PKR mengamalkan dasar berat sebelah apabila menjadikan isu pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebagai alasan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagimana pula dengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang?

Kepimpinan Pakatan  seharusnya seharusnya mengecam tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Lebih malang lagi apabila projek yang dibiayai sendiri kerajaan Pulau Pinang itu dianugerahkan kepada syarikat Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus tanpa membuat sebarang tender.

"Saya pelik kenapa Tan Sri Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya tidak dibuat secara tender terbuka  Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa rundingan terus? Namun tindakan Guan Eng ini tidak langsung dikecam oleh pimpinan PR sepertimana Tan Sri Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan," katanya 


Kenyataan itu timbul sehari selepas PKR membentangkan 'lima dalil' bagi menyokong keputusan parti itu untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain isu Kidex, pendedahan utama berhubung dakwaan salah laku Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut serta menimbulkan 'keraguan munasabah'.

Selain itu menerusi kenyataannya bagi mempertahankan Abdul Khalid, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh sekali lagi membandingkan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor.

"2014 adalah tahun ke enam kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 juta.

"Apakah agaknya yang difikirkan Guan Eng sehingga berani berbelanja besar (projek terowong) dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? 


Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap Guan Eng ini?" katanya.

"Adakah Pas juga disuruh hanya melihat sahaja setiap wang rakyat dibelanjakan dengan begitu boros sekali,

Sudah sampai masa Pas melihat kembali peranannya sebagai rakan dalam pakatan dan jika Pas keluar daripada pakatan pun jangan salahkan Pas.

3 comments:

  1. Nasarudin Hassan ini tentu akan disaman oleh ketua triad penang. Jangan main-main....JANGAN MINTAK MAAF ATAU SEMBAH SI KETUA TRIAD ITU.

    ReplyDelete

  2. USTAZ NASARUDIN DLM STATEMEN DIA BERTANYA. ITU SAHAJA. TIDAK SALAH BERTANYA.
    TIADA MERIT UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SAMAN KPD USTAZ NASARUDIN. CUMA MENYALAH GUNA PROSES MAHKAMAH.
    TAHNIAH USTAZ KERANA MENGGERAKAN MEREKA YG TIDUR.

    ReplyDelete
  3. Jangan sampai jadi orang suruhan sudahlah.

    Jangan tanya apa aku buat tetapi engkau jangan buat saperti apa yang aku buat.

    Jangan kata salah apa aku buat tetapi kalau engkau buat macam mana aku buat engkau salah.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.