Thursday, August 21, 2014

Tapi Jika Sekawah Gulai Daging Babi dan Diletakkan Daging Biawak Lidah Bercabang Apa Hukumnya



Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta bertegas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki beliau sebagai Presiden Pas untuk menghapuskan golongan parasit dalaman daripada terus menghancurkan parti itu.

Tanpa ketegasan itu, suara dan perjuangan ulama di dalam Pas akan tenggelam kerana 80 peratus daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat telah dikuasai oleh golongan berkenaan.

Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan bagaimana pengaruh kumpulan parasit itu yang terdiri daripada golongan profesional berjaya menenggelamkan suara ulama sehingga Pas terpaksa patuh kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, kata 
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali

"Saya rasa selama ini Presiden Pas terlalu berlembut. Beliau sepatutnya menjadi pemimpin yang lebih tegas dan tahu bagaimana caranya menjinakkan pemimpin bawahannya untuk memastikan dasar parti tidak lagi tersasar.

"Abdul Hadi perlu menggunakan kuasanya sebagai Presiden dan itu bukanlah satu masalah kerana jika tidak, para pemimpin yang tidak menyokongnya akan mengambil kesempatan sehingga berlaku seperti sekarang," katanya 

Sabtu lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk mencalonkan Isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan berkenaan sekali gus menolak pendirian Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

"Kumpulan parasit ini semakin kukuh bertapak malah di media sosial atau pun forum-forum pembangkang merekalah yang hadir mewakili parti. Jadi sokongan itu semakin bertambah terutama daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah," katanya.

8 comments:

  1. Wakakakakkakaka

    Pengkhianat PAS menasihati Presiden parti dengan lidah biawak.

    Ahli PAS tak bodoh Dan bangang macam ahli UMNO , ler. Buang masa jer dengar kelentong biawak ni.

    ReplyDelete
  2. Kalau harap dok ikut bontot Anwar nanti dia kona balik mampus hampaaaa tak dan lari..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha... hukum Islam itu sifatnya murunah....dia tidak statik...aku nasihat diri aku dan juga semua yang membaca hadir-hadirkanlah diri di majlis-majlis ilmu di surau masjid dan juga di mana-mana jua tempat orang mengajar.....Insya Allah kita tidak akan sesat!!

    ReplyDelete
  4. Sejenis haiwan yg boleh berubah ubah ikut sekitarannya, gitu le ghupenyer puak puak ni.

    ReplyDelete
  5. DAP dan PAS...DAP tu daging suci PAS tu seketul daging babi

    ReplyDelete
  6. Betul tu...klw tak mana mungkin ada khalipah guan eng..

    ReplyDelete
  7. Orang pas pergi surau, orang UMNO pun pegi surau, dengar kuliah. ikut tadah kitab jugak. Tapi bezanya mereka cari ilmu bukan untuk korek alasan yang boleh burukkan orang Islam lain. Belum apa-apa dah yakin orang lain tak buat, sendiri saja yang buat. Kalau tak silap itu namanya perasan diri lebih baik. Islam tak anjur begitukan ?

    ReplyDelete
  8. Kuasa power ranges ...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.