Monday, August 11, 2014

Terkini: 3 Adun PKR Siap Sedia Keluar Parti Sertai Pentadbiran Khalid


Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

"Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti," kata sumber itu.

3 comments:

  1. Kesudahan nya PKR berpecah 3.
    1. Penyokong TKSI yang perjuangkn ketelusan akan ikut kemana TKSI bertapak.
    2. Penyokong Azmin yang look like good but not good
    3. Penyokong Gay Tua yang asyik menyondol dan mengencing rakyat

    Harap UMNO dan PAS boleh bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan kali ini. Maintain status quo kerusi yang ada sekarang. Bincang elok2 pembahagian kerusi yang hendak dipertandingkan dikawasan kerusi PKR. Bagi MCA/MIC dan komponen BN yang lain bertanding di kerusi2 yang DAP menang dulu. TKSI boleh jadi MB. Lantik EXCO yang benar2 berwibawa, amanah dan berintegriti. Kalau dari UMNO gunakan tapis jenis nano fiber agar daki-daki kotor benar2 ditanggalkan. Oops aku pun ahli UMNO..

    zamano

    ReplyDelete
  2. Setuju , setuju ,setuju...............tuan zamano.........terutam tentang penapis untuk pihak BN itu mesti ditapis lebih dari sekali......biar berkali kali hingga cukup bersih luar dan dalam......

    ReplyDelete
  3. Ya, BN boleh menang sekiranya bergabung dengan PAS kerana semua kerusi DUN yang dimenangi oleh BN, PAS & PKR adalah kerusi majority Melayu. Orang Cina pun rasa-rasa dah tak sokong PR macam kat Teluk Intan, yang penting bagi mereka ialah masyuk....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.