Monday, August 18, 2014

Waran Tangkap Ke atas Peguam Kes Liwat Anwar N. Surendran Didakwa Menghina Mahkamah


Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran, yang juga merupakan peguam kes liwat Ketua Umum(KETUM) Anwar Ibrahim.

Beliau akan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yang melibatkan Najib Tun Razak".

Sebelum itu seorang peguam yang perihatin terhadap keadilan 
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata tindakan tegas perlu diambil ke atas Naib Presiden PKR, N Surendran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina mahkamah.

Surendran didakwa menghina mahkamah dalam satu kenyataan kepada media bertarikh 8 Ogos 2014 yang dibuat di perkarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Menurut Mohd Khairul, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Padang Serai itu boleh diertikan sebagai membawa maksud mahkamah telah bersubahat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu komplot untuk menjatuhkan Anwar.

“Kenyataan itu juga boleh diertikan bahawa mahkamah sangat mudah dipergunakan sebagai alat politik kerajaan, selain menyalahgunakan kuasa untuk menzalimi Anwar.

Kata-kata tersebut jelas menyelar dan mencela institusi mahkamah selain mencemar kredibiliti, kedudukan dan kuasa hakim-hakim yang membuat keputusan,” katanya dalam sidang media sesi penyerahan notis aduan penghinaan kepada Ketua Hakim Negara,

4 comments:

  1. Lidahnya bercabang, kaki pembelit dan hanya fikirkan diri sendiri, agar penjenayah boleh melihat yang inilah peguam penjenayah terhebat di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Dalam kes khalid ni tiada peguam pun menyatakan seseorang tak salah sehingga terbukti bersalah.
    Terserlah majlis peguam dan ahlinya adalah keturunan pembangkang .

    ReplyDelete
  3. Masa ni rasanya ISA perlu ada,ke guano

    ReplyDelete
  4. Teringat gua Peguam Zul Kulim yg hanya hebat di luar gelangang n di akhbar aje.....

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.