Thursday, September 11, 2014

423678 Ibubapa Calon UPSR Marahkan Kerajaan Hanya Kerana Seorang Guru Yang membocorkan Kertas UPSR


Malangnya nasib kerajaan hari ini yang mempunyai guru yang tidak amanah, tidak jujur dan mengkhianati tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan membocorkan kertas peperiksaan UPSR ke laman sosial.

Apa tujuan guru tersebut melakukan demikian?

Dengan tindakan guru tersebut telah merosakkan semangat juang calon UPSR yang berhempas pulas belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik.

Malah  tindakan guru ini juga mengundang kemarahan ibubapa dan seterusnya mereka boleh saman Kerajaan Malaysia di atas kecuaian Kerajaan secara liabiliti vikarius, soalan bocor dan semua kena ambil semula peperiksaan UPSR.
Timbalan Perdana Menteri dan selaku menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengesan dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Beliau tidak menolak kemungkinan kebocoran itu sebagai tindakan sabotaj terhadap kementerian Pelajaran.

"Saya sedar dan faham perasaan ibu bapa dan murid. Malah sama seperti mereka, saya berasa amat terkilan.

"Saya anggap ini tindakan sabotaj untuk menjejaskan integriti kementerian," katanya 

Sementara itu menurut maklumat seorang guru dari sebuah sekolah pedalaman  negeri Perak dikatakan telah ditahan polis berhubung dengan kebocoran kertas peperiksaan UPSR melalui Whatsapp.

Guru tersebut dikatakan menerima kertas soalan sehari lebih awal kerana kedudukan sekolah jauh dari bandar. Guru tersebut telah mengambil kesempatan merakamkan kesemua kertas soalan tersebut melalui kamera daripada telefon bimbit dan disebarkan dalam Whatsapp.

Jabatan Pendidikan negeri menafikan maklumat yang tersebar di media sosial bahawa seorang guru di negeri ini telah ditahan kerana disyaki bertanggungjawab membocorkan soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Walaubagaimana pun Pengarah Pelajaran negeri, Idris Ramli berkata, hasil semakan di kesemua 10 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mendapati tidak berlaku kes soalan UPSR bocor di mana-mana sekolah di negeri ini.

"Setakat ini jabatan tidak terima laporan mengenai seorang guru di negeri ini ditahan kerana bocorkan soalan UPSR," katanya

2 comments:

  1. Ini cerita pun punya harubiru juga. Bocor ke tidak kertas soalan UPSR itu? Kalau tidak bocor kenapa peperiksaan ditangguhkan. Kenapa? Nak pertahankan nama baik institusi perguruan hingga main tutup2 pula perkara yang orang ramai dah tahu. Karut betul......

    ReplyDelete
  2. Memanglah disebabkan berlaku kebocoran yang dilakukan oleh seseorang dan ini bukanlah pertama kali berlaku. Katakanlah apa sahaja, sabotaj ke apa ke. Soalnya apa dan bagaimana kerahsiaan kertas peperiksaan ini diurus. Apakah pihak bertanggungjawab tidak belajar daripada pengalaman-pengalaman lalu? Takkan hanya meminta maaf sahaja. Kita tengok siapa yang akan bersedia mengambil akauntabiliti.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.