Monday, September 22, 2014

Anwar Enggan Jumpa Azmin dan Arahkan PKR Buat Mesyuarat Tergempar



Azmin Ali gagal mengambil kata sepakat dalam isu pelantikannya sebagai MB Selangor dengan Ketua Umum parti PKR,  Anwar Ibrahim apabila kelibat Anwar tidak kelihatan.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu tiba di Ibu Pejabat PKR di sini pada kira-kira pukul 1.05 tengah hari menunggu begitu lama dan malangnya yang hadir hanyalah Naib Presiden PKR/anak Anwar, Nurul Izzah Anwar yang tiba pada jam 2 ptg.

Anwar Ibrahim dikatakan berang dan tidak bersetuju dengan pelantikan Azmin Ali sebagai MB Selangor dan beliau mengarahkan semua kepimpinan Pusat PKR hadir dalam mesyuarat di
 ibu pejabat parti itu.

Menurut sumber mesyuarat yang dijangka bermula pukul jam 5 petang itu akan turut disertai Anwar Ibrahim, Isterinya Wan Azizah, anaknya Nurul Izzah, Azmin Ali dan semua kepimpinan Pusat PKR.

Antara topik utama perbincangan dalam mesyuarat adalah berhubung pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Apakah akan ada perjanjian penting antara Anwar dan Azmin jika Azmin menjadi MB Selangor. 

Menurut sumber lagi Azmin Ali sudah menerima surat rasmi pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pihak istana.

Sumber tersebut memberitahu, surat rasmi itu diterima lebih kurang pukul 5 petang tadi memaklumkan Azmin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada pukul 10 pagi.

Watikah pelantikan sudah diterima pukul 5 ptg tadi dan majlis angkat sumpah esok 10 pagi.

Majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.

4 comments:

  1. Jika kita berfikiran lebih jauh lagi.....

    Sekiranya YB Azmin menerima jawatan MB Selangor, dan tidak dipersetujui oleh pemimpin PKR, maka musuh-musuh YB Azmin di PKR yang tidak dapat mengalahkan dia waktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR akan berusaha memecatnya dari PKR.

    Calon yang bertanding bersama-sama YB Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden akan diangkat sebagai Timbalan Presiden secara otomatik. Itu sebabnya calon itu beria-ria nakkan DSWA sebagai MB Selangor untuk memerangkap YB Azmin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar bukankah sakit. Tangan dan lengan perlu penyokong. Sungguhpun begitu beliau tidak pula guna pendakap leher di hospital. Jangan senang cakap je. Kesian akan derita yang ditanggung.

      Delete
  2. Betul terutamanya Saifudin

    ReplyDelete
  3. Azmin kena terima dulu, apa jadi lepas tu, is later story. Kalau ditolak boleh dianggap derhaka kpd Sultan. Bang non jika nak berkeras kepala, makin menambah meluat rakyat, termasuk juga rakan pakatannya, even org PKR sendiri.
    Just wait and see, pakatan bang non jadi pakatan berantakan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.