Monday, September 22, 2014

Azwan Ali Adalah Orang Yang Paling Gembira Apabila Azmin Terima Surat Pelantikan


Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mampu menjadi Menteri Besar (MB) Selangor yang baik.

Pengacara ranggi itu berkata jawatan menteri besar bergantung kepada rezeki dan tuah abangnya yang berjuang puluhan tahun.

"Sebelum ini saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011 lagi, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.

"Sebagai ahli politik, beliau tidak gentar menyuarakan sesuatu. Azmin menyampaikan sesuatu dengan gayanya sendiri dan ini saya lihat sewaktu hari penamaan calon tempoh hari," menurut Azwan yang menambah Azmin seorang yang tenang dan tidak mengendahkan komen tentang beliau.



Azmin Ali kini sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dan pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Azmin menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang tadi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.