Monday, September 15, 2014

Bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah meninggal Di Syria






Bekas ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Mohd Lofti Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.

Mohd Lofti,46, berasal dari Kuala Ketil, Kedah mengalami kecederaan parah di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama pada pagi Selasa lalu.

Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.

"Doktor telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Dia gagal bertahan kerana kecederaan dan meninggal dunia selepas Maghrib pada Sabtu," jelas satu sumber.

Difahamkan jenazah Mohd Lofti telah dikebumikan di Turki.

Dalam serangan itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut juga terkorban.

Rakyat Malaysia yang telah terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob, manakala Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.

Mohd Lofti, bekas Exco Pemuda Pas Kedah sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).

Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.

4 comments:

  1. Jika niat mereka ikhlas membantu umat Islam insyaallah mati syahid. Tetapi yang berada di Negara ini menghasut , mengumpat dan menggugat keharmonian umat Islam nyata akan bersama syaitan di neraka jika mati dalam keadaan bagitu. Ketua manusia Syaitan bergerak bebas dalam kalangan umat Islam Negara ini bagaikan Dajjal dikerumuni pengikutnya yang nyata tertipu dengan lagak alim Dajjal itu.

    ReplyDelete
  2. POLIS tolong siasat di bawah akta hasutan artikel di bawah

    http://tukartiub.blogspot.com/2014/09/hari-malapetaka-untuk-sabah-dan-sarawak.html?

    ReplyDelete
  3. Dunia bertuah dikurniakan dgn pejuang masyarakat dan islam seperti beliau.. beliau tidak tahan melihat pembunuhan beramai2 yg dilakukan rejim assad..bak kata pepatah,sejahat-jahat bapa tidak sejahat anak..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.