Sunday, September 28, 2014

Beranikah Pas Melancarkan Doa Pecah Perut Terhadap DAP Sebagaimana Mereka Lakukan Kepada Sesama Islam?



PAS mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP menggantung tugas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang dipercayai berhubung kritikannya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mereka berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan hak demokrasi dan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Pas menyifatkan keputusan kerajaan negeri pimpinan Lim itu seperti meniru gaya kepimpinan parti PAP di Singapura dengan memberi tekanan terhadap pihak yang mengkritik kepimpinannya.


Iszuree Ibrahim dalam ucapan pada Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini mengkritik kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana didakwa terlalu 'mesra' dengan syarikat pemaju hartanah sehingga mengabaikan kebajikan rakyat terutamanya masyarakat Melayu di negeri itu.

Malangnya tindak balas kerajaan Pulau Pinang sangat drastik dan terlalu cepat. Iszuree 'dipancung' gara-gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar 'harga yang tidak sedikit'.

"Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan," katanya.

Iszuree digugurkan daripada MPPP pada Khamis lalu dan semua peruntukan terhadapnya juga dibekukan serta merta.

Itulah DAP yang Pas sanjubg selama ini, jika ia datang daripada kafir harbi jangan harapla nak jadi sebagai penyelamat kepada umat Islam.

Sebab itu Mat Sabu tidak berani buka mulut walaupun DAP melakukan apa saja kesalahan terhadap Pas kerana Mat Sabu juga 'makan gaji' dengan DAP.

Persoalannya beranikah Pas melancarkan satu demontrasi secara besar-besaran sambil doa pecah perut terhadap kesemua pemimpin kafir DAP?

Jika Pas tidak berani berbuat demikian, ternyatalah Pas hanya berani berdoa kemusnahan sesama Islam sahaja dan sampai bila-bila pun Pas hanya akan layak jadi keldai tunggangan kafir DAP sahaja.

2 comments:

  1. Aku tidak suka PAS, tetapi aku tidak membenci PAS sekuat bencinya PAS kepada UMNO.. Namun, melihat kepada perkembangan bagaimana saudara2 aku di dalam PAS yang telah begitu hebat dihina.., tiba2 aku rasa teramat kecewa dan sedih.

    Kenapa harus sampai kesitu nasibnya 'Pejuang Islam' dikambingkan..?? Seakan seluruh jemaah PAS itu adalah barua kepada DAP-PKR..!

    ReplyDelete
  2. Sudah la..itu baru negeri..kalau dah perintah negara semua org melayu dia perhambat pula

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.