Friday, September 12, 2014

Harga yang Perlu Dibayar Oleh Seorang Ketua Apabila Berlaku Kesilapan Besar


Inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang ketua yang bergelar Pengarah Lembaga Peperiksaan apabila beliau digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai.

Memegang jawatan sebagai Pengarah memanglah seronok gaji lumayan, boleh membuat keputusan, apa saja yang kita cakap orang lain akan ikut. Tapi bila berlaku insiden seperti ini seorang Pengarah perlu bertanggung jawab sepenuhnya.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Penggantungan itu telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan memangku tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh penggantungan itu.

Mungkin ada yang kata kerajaan zalim sanggup menggantung seorang pengarah dan timbalan pengarah tetapi pernahkah kita terfikir kesannya terhadap 400,000 pelajar UPSR dan ibubapa.

Rakyat diluar sana mahukan Kementerian mengambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 Sept.

Muhyiddin menyifatkan mereka yang melakukan perkara itu sebagai tidak beramanah dan pengkhianat.
Mengulas lanjut tentang penggantungan itu, beliau berpendapat pengarah perlu menanggung risikonya kerana kebocoran itu bukan perkara kecil.

Muhyiddin juga berkata individu yang melakukannya tidak memikirkan kesan perbuatan keji mereka yang menjurus kepada hampir setengah juta murid terpaksa menduduki peperiksaan bagi dua kertas itu pada 30 Sept.

12 comments:

  1. perkara kebocoran kertas soalan telah lama berlaku. tak tahu kenapa disenyapkan saja. tapi tahniah kepada mhyidin mengambil langkah berani. kerana semakin dibiarkan semakin menjadi2. saya kurang respek dengan sekolah cemerlang, guru cemerlang. kerana ada guru yg benar2 amanah tetapi tak ditonjolkan.....memang menyusahkan banyak pihak tapi kita kena ajar jugak segelintir guru2 bangsa bagiamanakah yg akan di hasilkan nanti jika pereksa pun bocor

    ReplyDelete
  2. Kenapa berlakunya kebocoran?
    Antara sebabnya:
    - nak prestasi sekolah naik. kalau tak naik kena serbu oleh PPD dan JPN...
    - nak dapat Band terbaik kalau dapat Band 4, 5 guru besar kena balun, cikgu kena marah...
    - nak diiktiraf sebagai SBT... dapat hadiah ribu-ribu oooo...

    ReplyDelete
  3. bila nafsu sudah menguasai akal.. semuanya halal?

    ReplyDelete
  4. sistem lama juga telah menghasilkan rakyat yang berpengetahuan... berilmu... profesional.... bagi saya ada hikmahnya semua ini....menambahkan beban guru yang setia menjalankan amanah yang dipertanggungjawab tanpa memberi sebarang imbuhan tambahan adalah suatu kezaliman... setiap sen yang sepatutnya dibayar ...dimatikan dengan hujah ini kerja guru.... secara anologi... seorang dibayar dengan gaji RM5 sejam ... selayak mendapat gaji RM 40 untuk 8 jam dalam bidang tugas yang ditetapkan contohnya 5 jenis kerja..... menambahkan lagi kerja kepada 15 kerja dengan bayaran RM 5 pastinya tidak adil.... menetapkan KPI yang wajib dicapai juga membawa kepada gegala soalan bocor.... jika tidak semuanya akan diserang...JPN...PPD.... jika difikir balik semuanya ingin mengambil hati Menteri.... SPM contohnya Matematik Tambahan... graf direndahkan hingga 4 % dianggap lulus.... jika benar2 'anak jantan' ,,,, markah akhir tiidak perlulah di ubah ikut graf.... masa tu barulah tahu tinggi rendah pencapaian sebenar pelajar Malaysia.... tolong juga beri perhatian kepada Matrikulasi kerana objektif asal membantu anak2 Melayu jauh menyimpang sekarang.... pelajar-pelajar Melayu diletakkan jauh dari negeri asal mereka..yang pasti membebankan ibu-bapa dan pelajar Melayu itu sendiri... siapa yang untuk... pelajar2 Sains STPM 98% bukan Melayu yang tidak perlu berpindah ke mana2 dan dapat menjimatkan masa dan wang.... renungkanlah ... apabila 10% tempat asal pelajar Melayu diberi kepada bukan Melayu.... hasilnya 10% inilah yang turut mengisi kursus kritikal di IPTA.... ditambah dengan STPM.... 2 kali untunglah peluang ini kepada bukan Melayu... apa lojiknya di Matrikulasi ...kakitangan yang ingin menyambung pelajaran dikenakan syarat yang ketat sedangkan yuran semuanya ditanggung sendiri.... KPM mengalakkan kakitangan menyambung pelajaran tetapi Matrikulasi menghalang.... gantunglah juga Ketua di Matrikulasi kerana ada banyak yang tidak kena sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong penuh..beban tambah tapi..faham2 sudahkah

      Delete
  5. Sisterm fail. Mengred sekolah, Banyak pusat pusat tuition Kesan negative banyak. Mentality skor A.

    ReplyDelete
  6. Apakah dengan mendapat A seseorang itu kompeten untuk menjalankan tugas? Kalau B dalam SPM subjek Bahasa Melayu, adakah seseorang itu boleh mendraf surat dengan baik apabila disuruh oleh ketua?

    ReplyDelete
  7. Elok la gantung Pengarah Jusa2 ni
    harap gaji besar.. dpt keta govt lagi..
    claim tiap2 bulan
    keistimewaan mcm Menterio tp kerja mcm ni pun failed!!
    LPM ni dh berpuluh tahun jd exam tp masih lemah dn bocor

    Apa ni?
    bukan hari2 exam pun tp kenapa xboleh pertingkat keselamatan dan unsur rasuah?

    PEcat sj pengarah ni. itu shj hukuman utk bangsa2 di Malaysia
    kalau duk lembik macam Najib.. huru hara negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Termasuk menteri sekali letak jawatan..pandai tambah beban guru..hampeh kunyit

      Delete
  8. Kebocoran kertas peperiksaan ini mesti dipertanggungjawabkan kepada semua yang terlibat dari ketua pengarah , pencetak, penyimpan dan hingga kepada agensi penghantar. Semua ini mesti disiasat dan dikenakan hukuman setimpal. Wajar pengarah di tangguhkan perhidmatan tetapi tak semestinya pengarah ini betul bersalah selagi belum terbukti. Yang terlibat itu ramai dan dalam ramai ramai ini ada yang tak amanah yang menyebabkan kertas itu bocor. Hukum yang terlibat sahaja dan jangan aniyakan pegawai yang kena aniya.

    ReplyDelete
  9. Isu soalan bocor ni hampir setiap tahun berlaku tetapi biasalah, tanpa bukti yang nyata, perkara mudah untuk dilakukan ialah menafikannya dan menyapunya di bawah karpet. Yang mudah untuk dikambing hitamkan ialah pegawai kerajaanlah, mana pernah menteri mengambil akauntabiliti. Ini hanya SATU masalah, umpama 'tip of the iceberg' sahaja. Sektor pendidikan kita memang chaotic, ingat lagi masalah beg berat dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah? Sampai la ni tak de solution, bila dihighlight dalam suratkhabar, barulah pihak2 berkenaan buat press conference, press statement, dengan berpakaian suitnya menimbang beg sekolah kanak-kanak ini untuk dimuatkan dalam surat khabar. Lepas tu senyap balik. Mengenai pemansuhan PMR, tup tup ada pulak PT3, yang membuatkan pelajar, ibu bapa dan guru2 kelam kabut. Kuarters guru yang dibina tetapi tidak diduduki, kewujudan sekolah aliran cina yg menjadi duri dalam daging kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan, kolej kediaman tak mencukupi untuk pelajar-pelajar di IPTA (terutamanya di UiTM), kenaikan pangkat para guru yang begitu lama berbanding skim perkhidmatan lain, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu, masalah disiplin murid-murid, ranking university kita.....dan macam-macam lagi. Tak berhakkah kita berasa risau?

    ReplyDelete
  10. Bila pendidikan telah memasuki era politik inilah jadinya, majoriti guru pro-pembangkang sebab mereka diasak dengan fakta kerajaan zalim menambahkan kerja kepada mereka tapi gaji banyak tu juga, tapi kita perlu fikir ketika ini adakah guru masih menaiki motorsikal?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.