Saturday, September 6, 2014

Jika Tidak Sependapat Dengan Parti , Tinggalkan Pas dan Buat Parti Baru" - Kata Haji Hadi



Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.

Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.

"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).

"Jadi duduk di dalam ni, kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti...sila,” katanya pada sesi penjelasan isu semasa di Marang, Terengganu pada Jumaat.

Difahamkan kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada kemunculan sebuah organisasi baharu oleh pemimpin PAS yang dikenali sebagai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu.

PasMa dikatakan bakal menjadi parti alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan konflik yang timbul antara parti itu dengan sekutunya daripada PKR dan DAP berikutan pemilihan menteri besar Selangor yang baharu.

Mengulas lanjut Abdul Hadi dilihat tidak tergugat dengan kewujudan mana-mana parti politik baharu termasuk PasMa selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh," katanya.


Sementara itu pada 31 Ogos lalu, satu kumpulan yang terdiri daripada 100 ahli PAS menamakan kumpulan mereka Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan telah telah mengadakan perjumpaan di Kota Baru, Kelantan.

Menurut sumber tujuan penubuhan PasMa adalah untuk menghalang PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sepertimana yang berlaku dalam krisis kepimpinan politik Selangor sekarang ini.

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyid Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyid Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kel)

Presiden Pasma : Yb Dato’ Husam Musa (Kel)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Sel)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Png)

Naib Presiden Pasma : Yb Khalid Samad (Sel)

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Joh)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Mel)

AJK Pasma :

Nordin Majid (PGS – Phg)
Dato Wan Rahim (Kel)
Ust Taib Ahmad (Ked)
Ust Nasir Zakaria (Ked)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Sel)
Syed Azman (Trg)
Mohamad Sabu (Png)
Ust Dzulqarnain (Per)
Sayuthi Basirun (Sel)
Abd Fatah Harun (Kel)

AJK Tambahan :

Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Pasma. Pustaka Az Zahra’ Kota Bharu Kelantan.

7 comments:

  1. Haji Hadi ni bengong ke apa...Kan PASMA dah ditubuh...nak tubuh PARTI APA LAGI...BENGONG

    ReplyDelete
  2. Takut tak dpt sambutan klu keluar PAS terus, so berselindung di sebalik PASMA. Mmg dasarnya duniawi semata mata.

    ReplyDelete
  3. Pasma blum daftar...larr.....kira blum tubuh...
    Jgn dok mnyondol....dpt dosa free...

    ReplyDelete
  4. Selagi pemimpin2 PAS yg buat maksiat & kemungkaran tidak disingkirkan, selagi itulah gua kekal setia bersama UMNO. Kalau tak dah lama dah gua pakai baju hijau dgn bola putih.

    ReplyDelete
  5. G Presiden bijak hantar 3 nama. HANYA yg Maha tahu ialah ALLAH swt. TGHH, Sultan dan ahli MSU sbb nama2 tu di endorse oleh MSU. AJK Pas Pusat semua tak tau dan terpinga2. Jadi rahsia parti selamat!!! x ade print screen dan share blueooth.

    ReplyDelete
  6. PERKASA-ISMA-PEMBELA; tolonglah tubuhkan parti baru ISLAM/Melayu yg. TULEN - bergabung dgn, PAS kalau PAS keluar PR-JAHANAM dan kembali sbg. parti ISLAM TULEN!

    Si Islam/Melayu-LIBERAL memang PENGKHIANAT; hati punya JAHAT! Lebih pentingkan KEMEWAHAN anak-beranak depa, hingga sanggup GADAIkan agama/bangsa/NEGARA ISLAM PUSAKA nenek moyang kami ini! Dahlah tu, punyalah PENAKUT kat MUSUH ISLAM/Melayu dari Barat-ZIONIS dan ejen mereka dari si PENDATANG /PENCEROBOH KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete
  7. Apsal tak masuk PKR je atau DAP? Kena ke ada parti baru PASMA? Kalau semua mission & vision sama je dengan PKR & DAP, masuk je parti tu. Kalau nak tegakkan Islam tapi kalimah Allah dipermain, murtad dibenar, Sultan diderhaka, bangsa Melayu dibangsatkan, si peliwat diagung, nepotisma diterima, penzina diangkat menjadi pemimpin, tak payah la guna nama PAS langsung!.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.