Sunday, September 7, 2014

Kenapa Mat Sabu dan Kuncu-Kuncu Anwar Dalam Pas Sanggup Bermati-Matian Menikam Presiden Pas Dari Belakang


Tiba-tiba sahaja Presiden Pas Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang dikutuk, dikecam dan dicaci oleh segelintir pemimpin parti itu apabila beliau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pendirian Ahli Parlimen Marang itu jelas menyakitkan hati kumpulan Anwaris dalam Pas dengan menyifatkan kenyataan Abdul Hadi hanya sekadar pandangan peribadi, bukan suara parti.

Apakah maknanya semua ini? Di mana adab dan tatatertib orang-orang Pas yang selama ini melaungkan menjunjung Islam dalam perjuangan mereka, tetapi suara Presiden sendiri dibelakangkan, malah dikutuknya?

Antara yang lantang menjawab kenyataan Abdul Hadi ialah timbalannya, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad.

Beliau mungkin terkejut dan tidak menduga sama sekali Presidennya sanggup menyatakan pendirian yang tidak memihak kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPPR) pada Rabu lalu.

Mesyuarat MPPR di bangunan Parlimen itu dihadiri Mat Sabu selaku Timbalan Presiden Pas, Lim Guan Eng (Setiausaha DAP) dan dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ketua Umum PKR.

Di mana Presiden, Pengerusi atau Penasihat parti-parti yang bergabung membentuk Pakatan Rakyat (PR) seperti Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi atau Lim Kit Siang?

Dalam PR ada dua Presiden iaitu Abdul Hadi dan Dr. Wan Azizah, manakala DAP mempunyai Pengerusi. Tetapi memandangkan pengerusinya, Karpal Singh telah meninggal dunia, maka parti itu diketuai penasihatnya, Kit Siang yang mempunyai kuasa dan autoriti seperti pengerusi.

Tanpa kehadiran ketiga-tiga ketua parti ini, kecuali kehadiran Ketua Umum, Timbalan Presiden dan Setiausaha pada mesyuarat itu atas arahan atau mewakili presiden serta penasihat masing-masing, barulah setiap agenda yang dicapai itu dijadikan keputusan muktamad parti.

Bagaimanapun, ia tidak berlaku. Anwar mungkin boleh memberi alasan kehadirannya kerana mewakili isteri beliau, Dr. Wan Azizah dan Guan Eng pula mewakili bapanya, Kit Siang, tetapi apa alasan Mat Sabu?

Jika beliau kata kehadirannya pada mesyuarat MPPR yang diadakan pada jam 3 petang itu sebagai mewakili Abdul Hadi, kenapa keputusan dari Pas dalam mesyuarat itu tidak sama dengan pendirian Presiden?

Atau, Mat Sabu yang sengaja memberi jawapan sendiri dalam perjumpaan itu atas dasar setiakawannya kepada Anwar dan Guag Eng dengan membelakangkan keputusan Presiden?

Mesyuarat MPPR itu diadakan di bangunan Parlimen ketika semua Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan PR termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berada dalam Dewan membahas usul mengutuk tragedi menembak jatuh pesawat MAS MH17 di Timur Ukraine pada Khamis minggu lalu.

Dalam mesyuarat itu, MPPR dikatakan bersetuju melantik Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, DAP dan Pas yang pada dasarnya bersetuju dengan pelantikan itu, akan membuat keputusan muktamad masing-masing selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Namun, Abdul Hadi yang terkejut dengan keputusan itu, memanggil sidang media di kediamannya, menyatakan pendirian Pas tidak bersetuju jawatan Menteri Besar diberikan kepada Dr. Wan Azizah.

Beliau mahu Abdul Khalid dikekalkan dengan mengatakan tidak ada sebab kenapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Kelang itu harus ditukar, sedangkan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar dan ekonominya semakin teguh.

Mengetahui pendirian Abdul Hadi itu, Abdul Khalid melalui laman sosial Facebooknya, mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan Presiden Pas kepadanya untuk terus menerajui pentadbiran kerajaan Selangor hingga akhir penggal.

Dalam kenyataan ringkas itu beliau beliau, sokongan itu amat bermakna kerana Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik yang stabil untuk memastikan urus tadbir berjalan lancar.

"Saya bersama barisan Exco juga akan memastikan slogan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) iaitu meneruskan kecemerlangan terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan," kata Abdul Khalid sebagai maklum balas kepada kenyataan Abdul Hadi yang mempertahankannya sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Abdul Hadi sebenarnya seorang pemerhati yang baik dan seorang yang ikhlas dalam perjuangannya. Sepanjang enam tahun Abdul Khalid mentadbir Selangor selepas PR menang PRU 12 tahun 2008, beliau sudah meletakkan prestasi Menteri Besar itu dalam gred A++.

Begitu juga dalam konteks jawapannya, jika seseorang itu baik dan cemerlang, beliau mahu orang berkenaan dikekalkan dan kalau seseorang itu dilihatnya berprestasi kurang memuaskan, tidak ada gunanya diberikan jawatan sebagai ketua.

4 comments:

  1. Mat Sabu nak tunjuk dia lebih berkuasa dari Presiden PAS Hj Hadi. Tapi tak terima hakikat Presiden PAS ada kuasa namakan ADUN PAS untuk jawatan MB Selangor.

    ReplyDelete
  2. JAHATnya si jantan-jantan-PENAKUT-disyaki puak SODOM - yg- diketuai si babu-TAK-GUNA ni! Puak SODOM yg. dah SABOTAJ PAS ni, tentulah sokong geng PKRSODOM depa!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Kesian doh tengok celaka celaka penjilat burit burit Cina biaDAPigs ni, setelah mereka menyedari yang kehidupan yang dianjurkan oleh Dajjal ini amat mengasyikkan, merka bertekad, hanya kesenangan didunia yang diberikan oleh yahudi timur pengganas komunis kapitalis cina bangsat DAP adalah tuhan mereka.

    ReplyDelete
  4. Pieelh hangpa macai2 umporno, nk boikot kedai cina pn hangpa x boleh buat mcm mane nk sekat pengaruh DAP, rata2 peniaga cina penyokong tegar DAP, kontraktor Umporno semua mengantung dgn hardware cina bagi meneruskan kerja2 yg dianugerahkan oleh umporno kpd mrk. tanpa bantuan cina "mis soru" lh hangpa.... jgn lh kononya 'anti cina' sedangkan hangpalh yg mengayakan mrk.....Celako Umno'.......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.