Wednesday, September 17, 2014

Majlis Ulama Pas Meluluskan Usul memecat 2 Adun Pas Yang Menyokong Isteri Anwar Ibrahim



Muktamat Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul mengambil tindakan yang tegas kepada ADUN Hulu Kelang dan Morib yang bertindak dengan menandatangani Akuan Bersumpah menyokong isteri Anwar Ibrahim Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Ini merupakan suatu pengkhianatan terhadap parti dan bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulamak dan meminta parti supaya memecat mereka dengan segera.

Dewan Ulamak juga mendesak Jawatankuasa Tatatertib menjalankan siasatan atas tindak-tanduk geng langgar Tok Guru yang dengan sengaja menyanggahi dan meremehkan keputusan Majlis Syura Ulamak dan Presiden tersebut. seperti Mat Sabu, Husam Musa, Dr Hatta, Khalid Samad dan beberapa lagi.

Dewan Ulamak juga mendesak supaya kerjasama dengan pakatan haram dikaji semula kerana selama Pas berada dalam Pakatan Pas umpama keldai yang hanya ditunggangi oleh pemimpin kafir sehingga Pas tidak boleh melaksanakan dasar parti.

1 comment:

  1. Elok le tu, baik guling2 atas jalan utk parti sendiri dari pada guling2 atas jalan untuk kominis dan peliwat tegar.baru ada maruah dpd jadi alas kaki.baru ada akai.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.