Wednesday, September 17, 2014

Mat Taib Kata Wan Azizah Sudah Terlampau Layak Tak Kan Istana Nak Tolak


Bekas menteri besar umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Tyson berkata pihak Istana tidak mampu menolak jika semua parti dalam pakatan menghantar satu saja nama untuk menjadi menteri besar Selangor.

"Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail adalah calon yang terlampau layak dan calon berkredibiliti berdasarkan pengalaman dan kepimpinan memimpin partinya sejak era reformasi lagi", kata Mat Taib yang pernah terpalit dengan kes membawa sejumlah wang RM2 juta ke Australia.

Wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "Kerusi Panas MB Selangor" membariskan beberapa tokoh yang pro-Anwar seperti Aziz Bari, Mat Taib dan menyaksikan institusi Diraja diperkecilkan.

Kenyataan Mat Taib seolah-olah menemplak ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Pas yang tidak menyokong Wan Azizah yang juga isteri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor.

Manakala Aziz Bari turut mempersoalkan peranan Istana yang enggan menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Aziz Bari yanag kalah dalam PRU13 yang lalu berkata, keputusan Istana meminta lebih daripada dua nama sebagai sabotaj kepada kerajaan PR di Selangor.

"Kalau Selangor ini di bawah Umno adakah perkara ini berlaku? Ini tidak berlaku, seperti di Terengganu, tidak berlaku. Di Sarawak, sama juga.

"Tapi kalau PR, kita tidak boleh letak calon sendiri," katanya.

Aziz Bari mahu Istana hanya perkenan saja calon yang dikemukakan tanpa banyak soal jawab kerana kerajaan Selangor sudah menjadi milik PR.

5 comments:

  1. And we all thought dia dh taubat nasuha..........

    ReplyDelete
  2. Azizah mmg 'terlampau layak' sebab tu lah:

    1) dia GAGAL memperbaiki hubungan dingin atau perebutan kuasa di antara TSKI dan Azmin

    2) dia GAGAL menyelesaikan masalah pemilihan cabang-cabang partinya yang penuh kacau-bilau

    3) dia GAGAL memastikan suaminya sendiri 'berkelakuan baik' dan tidak menimbulkan haru-biru kepada Negara.... (tengok lah....akibat Langkah Kajang, PAS pula berkecamuk dan PR di ambang perpecahan)

    4) dia GAGAL memastikan kronisma dan nepotisma tidak berlaku dalam partinya

    ReplyDelete
  3. Aziz Bari terang dan jelas menipu. Padahal baru sangat lagi kita tengok Sultan Terengganu tolak Idris Jusoh, dan Sultan Perlis tolak Shahidan Kassim. Kalau betul Sultan terima saja bila satu nama diberikan, perkara ni takkan berlaku.

    ReplyDelete
  4. *Dan juga Sultan Perak tolak bila wakil DAP nak dinaikkan pada asalnya. Lepas bagi kat PAS baru Sultan terima. Satu nama?

    ReplyDelete
  5. Dasar si BANGSAT -ejen DAPBANGKAI/PKRSODOM! Tak habis-habis MENGHINA/MENGGERTAK DYMM Kesultanan Islam/Melayu kita! Aku syak. sebab poket dah kering, nak lagi BERJUTA dari taukeh-taukeh DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.