Wednesday, September 17, 2014

Mesej Whatsapp bocor: Suhaizan Kantoi Menipu Perwakilan



Ketua Dewan pemuda Pas Malaysia Suhaizan Kaiat diminta menjawab satu mesej whatsapp yang bocor dalam muktamar pemuda Pas hari ini. 

Perwakilan Pas dari Puchong mendakwa terdapat perwakilan lima kawasan dari Johor yang tidak dipilih dalam mesyuarat tahunan mereka tetapi hadir pada Muktamar Pemuda PAS tahun lalu.

Perwakilan lima kawasan itu turut didakwa terlibat dalam pemilihan dalam persidangan tahun lalu selepas dibangkitkan segelintir perwakilan kali ini yang bimbang PAS bakal diharamkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika laporan tahunan tahun ini disahkan.

Bagaimana pun Suhaizan meminta perkara demikian didiamkan sahaja dan meminta diteruskan saja mesyuarat tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.