Friday, September 19, 2014

Muktamar Kecoh: Ahli PasMa Naik Angin Bila Doa KO Mat Sabu, Saari Sungib dan Hasnul Dibaca



Muktamar Pas kecoh seketika apabila seorang perwakilan Pas Wilayah Persekutuan  Azahari Ariffin mengambil peluang dalam Muktamar PAS untuk membacakan doa KO kepada Mat Sabu dan kuncu-kuncunya yang langgar Presiden parti serta dua ADUN yang mengkhianati parti Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Beliau berdoa agar Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu diberikan balasan setimpal kerana katanya, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” doanya


Ridwan Abu Bakar

Doa tersebut menyebabkan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar naik angin, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Menurut sumber dalaman perwakilan dari Kuala Kedah ini merupakan kawasan Mat Sabu juga ahli PasMa tidak tahan mendengar doa KO kepada bosnya Mat Sabu lalu beliau naik atas pentas cuba merampas mikrofon.

"Pas lebih teruk daripada umno, dulu kita doa binasakan umno kini Allah sudah terbalikkan kita doa binasakan sesama sendiri",kata seorang perwakilan.

5 comments:

  1. Alhamdullilah ALLAH bayar CASH, Nik Aziz pun dah dapat sikit2 Seksa.....

    Bagaimana pula di akhirat dengan diri kira semua?

    ReplyDelete
  2. dulu, pas galak doa Ko dan bala kepada UMNO , siap sebut nama Tun M dalam doa celaka mereka , tidak ada seorang pun ahli pas yg membantah atau menyelar perbuatan itu .

    sekarang ahli pas doa celaka pula pada orang pas, maka kedengaran selaran adakah doa celaka kepada individu itu ajaran islam ?

    perpecahan itu adalah bala , maka demikianlah doa bala pas itu berbalik kepada diri sendiri , yang celaka kini adalah pas, malah pemimpin pas sudah lama terkena celaka tetapi mereka tidak sedar ,

    mudah2an pas akan terus berpecah dan hancur , pas duah lama sesat dan menyesatkan maka selayaknyalah dihancurkan ...

    ReplyDelete
  3. Klu ikut kaedah yg aku ditarbiyah dlm PAS dulu dulu, tindakan dua mamat kat S'gor dan bang mat tu boleh dianggap spt menyanggahi jama'ah atau melepaskan diri dr keputusan jama'ah, dosanya hampir hampir, dekat dekat dah mcm nak murtad dah. Sbb dlm berjama'ah segala tindakan mestilah sekata bersama diterajui oleh seorg imam, siapa yg tak ikut mcm la bermufarakah dr jama'ah spt yg disebut dlm Surah AsSaff ayat 4. Klu ikut disiplin berjama'ah patutnya dah kena tendang keluar. Tp PAS ni biasa la, hukum boleh berubah ubah ikut masa dan org yg berkenaan.

    ReplyDelete
  4. Manusia mudah lupa apa yang telah diperlakukan nya kepada manusia lain..
    Akan tapi bila apa yang di lakukan terkena pada diri sendiri malah yang mendoakan nya adalah ahli keluarganya sendiri mereka akan mula melatah dan bertanya perlu kah berdoa begitu..
    Mereka lupa pada doa mereka terhadap saudara islam mereka di parti bertentangan yang suatu masa dulu mereka mendoakan kebinasaan sedara islam mereka itu..
    Siapakah yang mereka ini marahkan sebenarnya..???
    Mereka lupa Allah itu maha adil dan sebaik-baik perencana setiap perancangan..jika Allah mahu mengangkat derajat seseorang maka sekelip mata ianya berlaku..Jika Allah mahu menghempaskan derajat seseorang serendah-rendah dan sehina-hinanya ianya juga akan berlaku.. hanya ALLAH sahaja yang tahu masa yang amat sesuai untuk ALLAH menghempaskan nya agar musibah itu mampu menghadirkan rasa insaf dan muhasabah diri pada seseorang yang angkuh dan sombong atas kuasa yang di miliki nya..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.