Wednesday, September 3, 2014

Pas Sanggah Kenyataan Mat Taib Bahawa Pas Akan Rugi Jika Keluar Pakatan


Kenyataan yang berbaur dendam terhadap umno yang dibuat oleh bekas menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib bahawa Pas akan mengalami kerugian besar jika sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat telah disanggah oleh beberapa pemimpin Pas.

Mat Taib yang juga ahli Pas seumur hidup sebelum itu berkata Pas tidak boleh bersandarkan kepada teriakkan Allahu Akbar sahaja, kerana menurutnya tanpa sokongan kaum cina Pas tidak akan menang dalam setiap pilihanraya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Temerloh YB Nasrudin Hasan dalam laman facebooknya yakin PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan oleh DAP dan PKR atau DAP dan PKR yang keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Jika benar Pas keluar daripada Pakatan sekalipun yang rugi, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kerugian yang amat sangat,

"Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu semata-mata. Sebahagian daripada undi Melayu masih kukuh bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah teruk. Pengundi lebih memilih umno, Pas dan pilihan terakhir mereka hanyalah PKR", dakwa Pas.

"Walaupun DAP dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi mereka akan kehilangan penyokong Melayu di seluruh negara. Contohnya seperti prkTeluk Intan apabila Pas kurang berkempen menyebabkan orang Melayu tidak menyokong DAP. 

"DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh pemimpin dan penyokong PAS. Bayangkan kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil masa 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia seperti yang mereka rancangkan sekarang", kata Pas lagi.


"Ketika itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga dah jadi mendiang. Buat Brother Anwar Bin Ibrahim, apa pula ruginya?Anwar akan jadi Almarhum tanpa sempat jadi Perdana Menteri Malaysia", dakwa Pas

Langkah Kajang punca kerosakan segala-galanya kononnya taktik politik terkini daripada pakar strategi parti pkr yang kini memakan diri.

Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar dan Mat Taib masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, TPM Anwar ketika itu telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.

PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin kononnya dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantu  Anwar Ibrahim.

Demikianlah besarnya pengorbanan PAS kepada masyarakat bukan Islam sedangkan semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.

Harus diingat DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di ceruk-ceruk, kampung-kampung. Walaupun DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.

Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan dalam Pakatan sengaja mahu meminggirkan PAS dan anggap Pas sebagai parti kampung yang layak berkempen untuk orang kampung sahaja.

16 comments:

  1. Moralnya : Jangan berdendam

    ReplyDelete
  2. Untuk mententeramkan suasana politik negeri Selangor ada lah apabila Anwar Ketum disumbat dalam penjara.

    ReplyDelete
  3. Dah berapa JUTA agaknya si ANJING KURAP ni dpt. dari PENDATANG-PENDATANG TAUKEH-TAUKEH KANGKANG BABI?!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. PAS harus mempunyai suara dan kekuatan sendiri di dalam menegakkan perjuangan parti. Apalah makna jika berada di dalam pakatan sekiranya sentiasa menjadi minoriti di dalam segala keputusan. Sesekali jadilah imam jgn hanya menjadi makmum apatah lg bacaan imam yg diikuti itu salah.

    ReplyDelete
  5. semua boleh diperkirakan, namun realitasnya mungkin jadi sangat bertentangan, atau kalau ada sedikit kebetulan maka peramalan dianggap hebat kerana ramalannya tepat. dalam berpolitik tak ada yang pasti bahkan biasanya keadaan bisa saja menongkah arus...biar anwar rugi, partinya adalah parti satu individu yang tersasul teraniaya, DAP tetap memperjuangkan agenda kebangsaannya, sebagaimana kedua parti ini tak mengenang budi pas, bahkan bagai menyingkirkan pas..., pas tak kan rugi apa2. pas ada Allah sebagai sekutunya, nabi muhammad saw imamnya, alquran perlembagaannya, sekelian muslimin ahlinya, Allah tujuannya, syahid matlamatnya, jadi tak perlu bersekongkol dengan PKR dan DAP, ayooh keluar saja tinggalkan pakatan...lebih baik sendiri dari bercakaran sesama sendiri...kalau tulus perjuangan pas jalankan 2 misi...politik dan dakwah......keluar dan keluar dan tinggalkan PR.....

    ReplyDelete
  6. PKR parti kencing rakyat...patut dihapuskan.

    PAS perlu bekerjasama dgn UMNO
    PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) @ Pakatan Rosak

    Pilihanraya Negeri perlu diadakan

    Insyallah pakatan BN dan PAS akan menang.
    Calon PAs akan dilantik jadi MB Selangor

    Rasanya macam ni lagi bagus

    Selangor terus maju bila ngam dengan Kerajaan Pusat

    ReplyDelete
  7. Pelik dengan Langkah Kajang...

    Ada minah tu jadi calon terjun...from no where.
    Jadi Presiden pun sekadar boneka

    Presiden pilih suami dia jadi Ketua Umum PKR

    Lepas tu Suami dia pulak lantik dia jadi MB Selangor selepas baru sekangkang kera jadi ADUN di Selangor.

    Nampak sangat agenda kotor ni...

    PAS perlu keluar dari Pakatan Rosak ni...

    Bekerjasamalah dgn BN & UMNO

    Percayalah, kerjsaama ni akan menang sekiranya PRN diadakan

    Yang rugi dan gigit jari nani ialah PKR dan DAP
    Dan mungkin ada yg dah masuk penjara sg buloh dan ada jugak yg jadi gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekerjasama dgn BN & UMNO aku x setuju...tapi dgn UMNO aku setuju. malayu sama melayu satu agama.

      Delete
  8. Janagn percaya sgt dgn ulasan si Mat Taib yg tak ada prinsip ni...

    Cakap dia tak boleh pakai....

    ReplyDelete
  9. Wan Aziziah kalau jadi MB sama macam sekarang ni dia jadi Presiden Parti kencing rakyat (PKR)
    , BONEKA kepada suami dia...Memang haram tak guna pun...Lembik

    Keputusan nanti semua suami dia buat...Dia ingat PAS bodoh ke?????

    ReplyDelete
  10. Kenapa masa pemilihan presiden PKR tempohari, yang dipertahankan oleh wan azizah, turut ditandngi oleh suani dia , Anwar????

    Jawapan:
    Memang ada org yg nak cabar wan azizah utk calon presiden.
    Tapi hasrat tu tak kesampaian bila ianya dihidu oleh Anwar.
    Anwar tak nak isteri dia kalah...sebab dia tahu ramai org tak suka pun wan azizah sbb lembik.
    Untuk elak org tu bertanding, anwar pun nak bertanding juga.
    Dalam PKR, biasalah....siapa yg nak cabar Anwar?? Kalau ada yg nak cabar dia, dh tentu kena tending keluar.
    Sampailah hari terakhir hantar nama untuk pencalonan, tak ada siapa yg sanggup bertanding.
    Bila tarikh pencalonan ditutup, hanya ada 2 nama yg bertanding iaitu Suami dan Isteri (Anwar dan Wan azizah)... Biasalah, lepas tu Anwar pun tarik diri dan Wan aziziah menang tanpa bertanding.

    Nampak tak betapa licik nya permainan kotor Anwar demi menjaga isteri dia yg tak mampi berfungsi pun......

    Tapi, masih ramai lagi yg buta di luar sana

    ReplyDelete
  11. Kenapa pengikut PKR masih dibutakan hati untuk melihat kemungkaran yang dilakukan oleh Aljuburi, ayoh bangunlah tentang sipeliwat ini sebelum dia menghancurkan negara

    ReplyDelete
  12. Pas asalnya berjuang berdasarkan matalamat utama berpolitik disamping menegakkan ajaran Islam. Menang kalah dalam pru tak jadi hal . Bila saja orang Islam sudah ramai menyokong pas maka langkah pas semakin mantap dan membuahkan kejayaan dalam berpolitik. Peluang untuk mara kehadapan semakin luas dan pas mula disegani selaku kuasa politik hampir setanding dengan umno.

    Maka muncullah manusia lapar kuasa yang berlagak warak menyerap kedalam tubuh pas dan mula mendominasi kepimpinan pasberbagai peringkat. Ada yang berjaya dan mulalah jarum2 ketamakan yang nyata melanggar asas perjuangan asal menusuk segenap urat nadi pas. Akhirnya tubuh pas sendiri berubah mengikut rentak perjuangan musuh2 pas yang sangat licik memutar belit isu2 semasa. Akar umbi akur dengan kepimpinan ulama dan masih tidar sedar diri pas sudah lama menukar kiblat perjuangannya kearah materialistik dan kemaruk kuasa politik.

    Walau apapun sangatlah diharap agar pas segera betulkan semula akidah parti itu sendiri. Pandang pada umno yang tercungap2 menobatkan ajenda Melayu Islam Bumiputra dan sudah mula melangkah kearah meletakkan Islam di hadapan . Jangan pandang sepi hal ini . Suatu hari umno mungkin lebih kuat perjuangan Islamnya dari pas sendiri. Dan pas yang tersesat jalan mesti kembali kepangkal jalan.

    ReplyDelete
  13. pas mesti berjuang sendiri, tak perlu bergantung kepada mana-mana parti, UMNO pun berjuang parti kebangsaan, patut di jauhi.....

    ReplyDelete
  14. Admin cuba nak bodoh2kan melayu yg kononnya Anwar dibelasah IGP Rahim Bacul. fakta Mahkamah mengatakan Rahim Bacul mmg lakukan.. pariah sunggoh lu Admin..... Umporno k'sama dgn Pas? lupakan aje sbb Umporno kaki kencing n sesama ahli mrk kencing, kalau demi melayu n agama ngape Kelantan di bwh Pas beria2 umporno nk tawan? kn melayu seagama yg perintah kalau pn ade kelemahan kena bantu lh demi bangsa n agama ! tapi umporno pusat/dibawah pusat hari2 kutuk Pemimpin Pas Kelantan ape pasal? sbb nya umporno x boleh dipercayai n CELAKO sifatnya..... lupa kan shj lh gabungan PAS/Umporno......A.B.U

    ReplyDelete
  15. Pas sudah kukuh dihati orang Melayu dan mula dipercayai olih kaum lain. Andai PAS tidak di cerobohi olih pemimpin gila KUASA dan WANG dalam PAS maka PAS akan berada dikemuncak politik Melayu Islam Negara. UMNO sudah menampakkan banyak kelemahan dan keyakinan rakyat kepada UMNO sudah menurun. Cuma sekarang PAS sendiri gagal menilai implikasi hubungannya dengan parti komponen pr yang dilihat sudah tidak bermaruah lagi.

    Andai Pas masih berdegil mau bersama dengan purjuangan perkauman dan mabuk kuasa itu maka rakyat tiada pilihan lain melainkan terus bergayut kepada kayu buruk BN itu.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.