Thursday, September 25, 2014

Peratus keluar mengundi mencecah Lebih 72%





Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) melepasi sasaran apabila mencatat 72 peratus sehingga pukul 4 petang tadi.

Bagaimanapun sehingga kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mendedahkan angka sebenar yang keluar mengundi ketika tempoh pengundian berbaki satu jam sebelum semua 45 saluran di 11 pusat pengundian ditutup.

Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, peratusan pengundi di DUN Pengkalan Kubor ialah 79 peratus.


BN mampu mengulangi pencapaian pada PRU13 yang lalu. Menurut maklumat BN kini sudah berjaya mengatasi Pas selepas  pengiraan undi beberapa pusat mengundi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.