Friday, September 19, 2014

Perwakilan Muktamar Minta Pas Siasat Perjumpaan Sulit Di Kelantan Untuk Menggulingkan Haji Hadi


Perwakilan dari Kelantan melahirkan kekesalan di atas tindakan sebilangan AJK PAS Pusat yang hadir dalam program tertutup di Kota Bharu yang menghina dan merancang untuk menggulingkan Presiden Pas haji Hadi Awang.

Jika geng Mat Sabu minta Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang menyokong Presiden Pas keluar dewan ketika Mat Sabu berucap, mereka juga mahukan Pas menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ahli Pas yang membuat perjumpaan sulit ini.

Wakil dari Kelantan juga berkata dalam Pas ada talam dua muka depan TGHH pura-pura sokong tapi bila dibelakang bersekongkol bagi menjatuhkan Presiden?

Mereka mahu Pas menyiasat hingga keakar umbi siapa mastermind kepada perjumpaan sulit ini dibeberapa tempat. Dia juga yang diberi arahan bagi menjalankan kerja-kerja jahat dan pengkhianatan? 


"Ramai dikalangan perwakilan mengesahkan ini kerja Hatta Ramli. Perlukah lagi PAS menyimpan orang-orang seperti Hatta Ramli?", kata perwakilan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.