Tuesday, September 9, 2014

PKR Serah Pengkalan Kubor Kepada Pas Demi Untuk Mengejar Rizab Selangor RM3.2b


Perebutan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya gimik sahaja yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. PKR memang mahu serahkan Dun Pengkalan Kubor kepada Pas kerana selama ini pun kawasan itu hanya membebankan pentadbiran PKR.

Sebenarnya PKR tidak kisah pun kerusi Pengkalan Kubor kerana kawasan tersebut tidak membawa makna apa-apa kepada PKR. Malah menyusahkan lagi parti Anwar Ibrahim ini berhadapan pengundi yang menjalani kehidupan yang agak daif dalam negeri yang diperintah oleh Pas.

Adalah lebih baik kawasan tersebut diserahkan saja kepada Pas, jika PKR bertanding pun tentunya kalah lagi ditangan BN ekoran kemelut Langkah Kajang yang dicipta oleh PKR sendiri.

Jika PKR bertanding sudah semestinya Pas tidak akan turun berkempen kerana rata-rata ahli akar umbinya begitu marah kepada PKR yang menyerang Presiden Pas Haji Hadi Awang hanya kerana tidak menyokong isteri Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor.

Bagi PKR adalah lebih penting mengejar jawatan MB Selangor daripada Dun Pengkalan Kubor kerana di Selangor mempunyai RM3.2b rizab yang belum terusik dan bakal 'dibelasah' oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya jika Wan Azizah menjadi MB Selangor.

Sebagai tukaran calon Dun Pengkalan Kubor Pas diminta menyokong isteri Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor iaitu negeri yang paling kaya.


Walaubagaimana pun setakat ini Pas melalui Presiden parti tetap dengan pendirian tidak akan menyokong isteri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor kerana tidak mempunyai kelayakan sebagai menteri besar dan sudah tua serta dikhuatiri hanya menjadi MB boneka sahaja kepada Anwar Ibrahim.

4 comments:

  1. Kejinya politik PRK & DAP.

    ReplyDelete
  2. MENYAMPAH betul aku si Nyonya-KIPASCINA tu- dasar si ejen ZIONIS yg. aku syak si PENYAMAQ Islam (KIPAS CINA tu disyaki simbol kat penyokong puak Cinanya - di sebalik pakai tudung).Tak habis-habis nak MENGHINA Kesultanan Islam/Melayu kita!

    Perangainya sebiji mcm. EVANGELIS Korea/Cina yg. amat benci ISLAM/umatnya!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Pas kene hati2...pkr ni jenis kelingking berkait...mungkin pkr nk ajar pas di pk kubor kemudian jejer pd media...pas di bwh ulamak sudah kehilangan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Macai2 jgn lupa dosa beso Umporno kpd melayu - Rezab Melayu telah byk digadaikan oleh pemimpin Umporno kpd kaum Cina, Bukit Genting, Pulau Tioman, tanah KTM di sentul semua terlepas kpd Taiko2 Cina krn keakrapan mrk berkawan dgn Peminpin Umporno.... tapi "melayu mudah lupa' bila diulurnya duit (BR1M) mrk kata pemimpin Umporno bagus..... tapi mrk sapu bermillion2 duit negara.... PK lh guna kepala lutut sikit wahai melayu... mmg betoi Tun M kata melayu 'malas' mmg malas berfikir....... A.B.U........

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.