Tuesday, September 9, 2014

PKR Tak Perlu Rasa Bersalah Mengingkari Titah Sultan Kerana Itu Bukan Satu Kesalahan Kata Aziz Bari


"Derhaka bukan satu kesalahan. Kenapa harus takut dan PKR tidak perlu mohon maaf pun seperti yang dilakukan oleh rakan Pakatan iaitu DAP", kata Aziz Bari dalam forum bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' anjuran kumpulan serpihan Pas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) 

Aziz Bari memberi contoh di Thailand iaitu sesiapa sahaja  yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum dengan hukuman berat tetapi di Malaysia tiada apa-apa Akta ke arah itu.

"Jadi untuk apa kita takut untuk menderhaka kepada sultan kerana tiada undang-undang yang boleh mengenakan hukuman ke atas individu yang menderhaka kepada sultan dan lagipun itu bukan jenayah", katanya 

Bekas calon pilihanraya parti PKR yang tewas di Parlimen Sabak Bernam, Dr Abdul Aziz Bari berkata, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang.

Aziz berkata lagi, pihak istana seharusnya tidak mencampuri urusan parti politik termasuk dalam perlantikan dan proses penggantian ketua eksekutif negeri mahupun Persekutuan.

"Bila tuanku sultna mengeluarkan perintah mahukan nama lain, pada saya ini salah dari segi Perlembagaan. Manusia biasa tak kira sesiapa boleh buat salah, dan pada saya mintak nama (lain) setelah Dr Wan Azizah ada 30 majoriti itu salah.

Sultan sewajarnya memilih Wan Azizah sebagai MB Selangor bukan menangguh dengan begitu lama.

Dalam Forum tersebut meperlihatkan Presiden Pas Haji Hadi Awang dilanyak secukupnya oleh ahli-ahli panel kerana tidak memberi sokongan kepada isteri Anwar Wan Azizah menjadi MB Selangor.

PasMa dikatakan dianggotai oleh beberapa pemimpin Pas yang pro-Anwar yang mahukan Haji Hadi Awang dan kepimpinan Ulama ditendang keluar daripada Pas.

PasMa juga mendapat sokongan kuat daripada Anwar Ibrahim dan sekutunya yang masih menyembunyikan diri disebalik kopiah putih seolah-olah masih sayangkan Presiden Pas.

2 comments:

  1. "PasMa juga mendapat sokongan kuat daripada Anwar Ibrahim dan sekutunya yang masih menyembunyikan diri disebalik kopiah putih seolah-olah masih sayangkan Presiden Pas"..statement ni terbaik :)

    ReplyDelete

  2. MENGINGKARI TITAH SULTAN ADALAH MENJADI KESALAHAN DARI SEGI ADAB DAN BUDAYA ORANG MELAYU SELAGI KITA BERNAMA MELAYU.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.