Tuesday, September 30, 2014

Rafizi Kata Tanpa Pas Pakatan Sukar Rampas Putrajaya Kerana Pas Penghasut Terbaik


Pemimpin-pemimpin DAP dan PKR telah mengakui bahawa tanpa PAS, (PR) harapan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya mungkin tidak akan kesampaian kerana sebagai parti yang berimej Islam Pas mempunyai kelebihan mempengaruhi orang Melayu untuk menyokong DAP dan PKR.


Menurut Rafizi Pas merupakan sebuah parti penghasut terbaik lebih-lebih lagi kepada orang Melayu. Dengan berimejkan Islam Pas begitu mudah menarik orang Melayu menyokong pakatan rakyat. 

Krisis menteri besar yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim merupakan titik mula kepada kematangan pemimpin Pas Pas berfikir tanpa sentiasa mengikut telunjuk Anwar Ibrahim an DAP walaupun melakukan perkara yang salah.

Sebenarnya Pas sudah pun terkeluar daripada rejim Pakatan Rakyat yang diasaskan oleh 3 parti iaitu DAP, PKR dan PAS.

Penghinaan demi penghinaan terhadap kepimpinan Pas oleh Lim Guan Eng dengan beberapa tindakan memecat pemimpin Pas dalam ahli Majlis di Pulalu Pinang ternyata DAP kini sudah tidak memerlukan Pas lagi.

Satu kumpulan telah ditubuhkan untuk berunding, berbincang dan memujuk pemimpin tertinggi DAP, Pas dan PKR agar kembali duduk semeja bagi mencapai matlamat mereka. Ini adalah atas inisiatif oleh beberapa pemimpin Pas yang 'makan gaji' dengan DAP seperti Timbalan Presiden Pas Mat Sabu umpamanya adalah orang yang paling takut apabila Pas mahu keluar daripada pakatan.

Sebab Mat Sabu tahu perangai sebenar Lim Guan Eng yang bersikap ala Mao Tse Tung pasti akan memecat beliau dan menghentikan segala peruntukan perbelanjaan ke atasnya.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.