Thursday, September 11, 2014

Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Perjuangan Di Syria



Seorang lagi rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohamad Fadlan Shahidi, 21, maut akibat serangan jet pejuang dalam satu pertempuran dengan pihak tentera negara itu hari ini.

Turut cedera dalam pertempuran yang berlaku pagi ini ialah lima lagi rakyat Malaysia.


Mereka ialah Mohd. Lofti Ariffin yang dikatakan cedera parah dan masih tidak sedarkan diri. Empat yang lain ialah seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan dan tiga lagi yang belum dikenal pasti.

Menurut sumber, Mohamad Fadlan yang dikenali sebagai Abu Muhajir dan berasal dari Kulim, Kedah meninggal dunia ketika berada di kawasan kawalan mereka di Hama, Syria.

"Kawasan tersebut telah diserang oleh jet pejuang tentera Bashar Al-Assad," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kejadian terbaharu ini menjadikan Mohamad Fadlan sebagai rakyat Malaysia keempat telah terbunuh di Syria setakat ini.

Tiga lagi yang maut di negara bergolak ialah Mat Soh atau Abu Turab yang mati dibedil kereta kebal Bashar al-Assad pada 20 Ogos lalu; Abu Faz yang belum dikenal pasti identiti sebenarnya yang maut di Damsyik, Jun lalu dan pekerja kilang, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang menjadi pengebom berani mati Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq pada Mei lalu.

Kejadian yang menimpa Mat Soh turut mencederakan dua rakannya iaitu Mohd. Rafi Udin, 48, dan Zainuri Kamarudin, 47.


"Boleh dikatakan bahawa perjuangan mereka di Syria adalah hampir sama antara satu sama lain. Mereka percaya bahawa boleh melakukan hampir semua cara untuk mencapai matlamat mereka dalam membela perjuangan mereka," kata sumber.

Di Malaysia, mereka mengadakan mesyuarat yang digelar sebagai "Usra" di lokasi secara rawak bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

"Usra ini termasuk merancang serangan dan rompakan bagi membiayai gerakan pelampau. Matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan senjata dan berjuang di Syria," kata sumber itu.

Pemantauan pihak berkuasa turut mengenal pasti pelbagai lokasi "Usra" di Lembah Klang. Antara lokasi tersebut adalah Puchong, Shah Alam dan Puncak Alam di Klang.


Mereka mendakwa perjuangan mereka adalah Di Jalan Allah dan mati mereka adalah mati Syahid.



4 comments:

  1. Pastinya dia lebih mulia dari pejuang pejuang kebebasan memfitnah di Malaysia nih. Inilah medan dan juga peluang terakhir bagi golongan sesat barat PKR dan DAP untuk menginsafi diri.

    ReplyDelete
  2. usrah merancang merompak tu ayat apa...agak2 lar admin hoiii.

    ReplyDelete
  3. Kenapa tk pergi patanni kan dekat sikit kalau nk berjuang?.

    Sbb di patani tk masuk fb dan twiter dn tk glamer...hehehhe syahid kerja Allah bkn kerja kita nk mengKOMPOMkan kesyahidtan polan dan polan..

    pengaruh wahabi mmg kuat.

    ReplyDelete
  4. kalau otak dah sempit macam ni la jadinya, berani tak kena keadaan.. cuba la serang israel kalau betul2 nak syahid.. ni cuma berani sesama islam je.. ketuanya pun dilatih oleh israel patut la tak nak pegi serang israel..

    israel pulak create isis just nak suruh mereka berperang dengan iran syria..israel nak pegi perang face to face takut.. so suruh la orang-orang islam bodoh dan bangang pergi berperang.. sempoi, duit selamat nyawa pun selamat.. itu pun dorang ni tak boleh baca ka mainan puak2 kafir ni

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.