Monday, September 29, 2014

Rancangan 'Deme Tanya Pak Ngah Jawab' DiHentikan Kerana Tidak Mendapat Sokongan MB Perak


Masihkah kita ingat lagi rancangan 'Deme Tanya, Pak Ngah Jawab'(DPTNJ) yang ke udarakan di stesen radio Perak Fm pada setiap Ahad selama 45 minit?

Menurut maklumat sebanyak 80 peratus aduan yang diterima daripada orang ramai di Perak menerusi rancangan ‘Deme Tanya,Pak Ngah Jawab’ ini berjaya diselesaikan sepanjang tahun 2012 dan 2013.

Rancangan itu dikatakan menerima 250 aduan dalam tempoh 22 minggu dan lebih 200 aduan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Walaupun masa yang diperuntukkan Perak Fm hanya 45 minit untuk rancangan itu tetapi ia memberi cukup bermakna kepada masyarakat khususnya masyarakat luar bandar.


Selain menyelesaikan masalah rakyat rancangan tersebut juga menjadi sebagai medium untuk menyampaikan hasrat kerajaan dan isu-isu semasa yang perlu diketahui oleh rakyat.
Individu yang bertanggungjawab dan menjadi perantaraan yang bernama Pak Ngah adalah Datuk Hamdi Abu Bakar.
Beliau merupakan bekas Adun Pengkalan Baru kini berasa terkilan apabila rancangan tersebut terpaksa dihentikan kerana tidak mendapat sokongan daripada menteri besar Perak Datuk Seri Mohd Zambri Abdul Kadir.
Beliau berkata kerajaan negeri Perak sepatutnya menggunakan sepenuhnya rancangan tersebut bagi mendekati rakyat disamping menyampaikan maklumat kepada rakyat, mendengar denyut nadi rakyat dan seterusnya menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau berkata adalah menjadi keperluan bagi penduduk di negeri ini mendapat maklumat dan penerangan yang betul terutama berhubung masalah tanah, rumah, dewan, jambatan dan perkara yang melibatkan pihak berkuasa tempatan.
Sebelum ini rancangan tersebut adalah usahasama antara Perak FM dengan dengan kerajaan negeri itu dapat menjadikan stesen radio berkenaan sebagai saluran pilihan utama rakyat Perak selain mengukuhkan hubungan mesra antara kerajaan dan rakyat tetapi kini kerajaan negeri tidak lagi berminat untuk meneruskan usahasama ini.
Kini rancangan tersebut sudah tidak lagi kedengaran di Perak FM. Demi meneruskan usaha murni beliau untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Datuk Hamdi menubuhkan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan(NGO) iaitu Gabungan Rakyat Junjung Perlembagaan Malaysia(GARAP MALAYSIA) dimana beliau sendiri sebagai Presiden.

Tujuan NGO tersebut ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan bagi memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakyat khususnya golongan muda mengenai perlembagaan Malaysia.


4 comments:

  1. MB tak mau ada orang lebih popular dari dirinya ?

    ReplyDelete
  2. Menurut maklumat semua Adun-Adun lama tidak menyokong MB Perak kerana kesombongannya anggap dirinya lebih pandai daripada orang lain

    ReplyDelete
  3. Salam 1 Malaysia
    Saya Mohd Harris dan pernah berkhidmat di Pejabat YBhg Dato Hj Hamdi b Abu Bakar (Pak Ngah).
    Saya ingin mmberikan sedikit respons berkenaan tajuk blog yang melibatkan YBhg Dato Hamdi dalam rancangan DTPNJ..untk makluman blogger, saya merupakan salah seorang pegawai yg menguruskan hal / aduan menerusi DTPNJ berlangsung.
    Di sini saya ingin tekankan bahawa tidak pernah timbul isu terkilan dan berkecil hati terhadap penamatan rancangan DTPNJ dan secara jelas Dato Hamdi TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap isu yg cuba dikupaskan oleh pihak bloggers..
    Harap maklum..

    ReplyDelete
  4. Sapa Zambri tu...ahli muzik ka ??? kah kah kahhh...
    *zaman IT..zaman UMNO semakin tak laku...bak kata filem.."Alif Mim Nun Wau itu apaaa ??? SARKAS daaaa"...kah kah kahhhhhh

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.