Sunday, September 21, 2014

Sah Azmin Hampir Pasti Ditabalkan Menjadi MB Selangor Pada Selasa ini


Walau apa pun yang dakwaan bersama bukti yang dilemparkan terhadap Azmin Ali, pada hari Selasa ini beliau tidak lagi menjadi YB malah beliau akan ditabalkan menjadi menteri besar negeri Selangor.

Katalah apa pun, dakwalah apa pun YB ais krim ke, derhaka pada Ibu ke, buat perkara yang tidak senonoh dengan Anwar Ibrahim ke, itu semua sudah tidak penting lagi yang penting sekarang adalah menang dalam pilihanraya apabila pengundi mengundi beliau. Jadi ahli politik kena pandai menipu, kalau betul bendul ppun tak boleh juga. Kalau baik, warak, jujur, amanah pun jika pengundi tidak mengundi tak kemana juga.

Azmin Ali bakal bergelar Datuk Seri sedikit masa lagi, lebih kurang 40 jam Azmin bakal mengangkat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah.

Kini nama dua Adun Pas iaitu Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sudah tenggelam kerana majoriti ahli Pas sendiri tidak mahu menerima jawatan MB Selangor kerana wala' kepada pemimpin PKR dan DAP.

Menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat (PR), ketiga-tiga calon itu sudah dipanggil ke Istana Alam Shah minggu lalu untuk 'ditemuduga' pihak istana namun difahamkan calon terakhir yang masuk, Azmin merupakan calon yang paling mendapat perkenan untuk menjadi menteri besar.

"Azmin yang terakhir masuk dan diterima kerana dia bertemu beberapa lagi 'orang atasan' istana untuk membincangkan isu berkenaan majlis Selasa ini.

"Semuanya sudah dipersetujui dan hanya menunggu masa untuk majlis itu. Kini kita boleh kata sah Menteri Besar Selangor milik Azmin, kata sumber.

Sumber itu memberitahu, Anwar menelefon Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail untuk melaksanakan Plan B andainya Wan Azizah tidak dilantik menjadi MB Selangor.




Plan B iaitu memohon kepada Istana untuk mempersembahkan jumlah sokongan seramai 30 Adun terhadap Wan Azizah dan jika pihak Istana masih memperkenankan Azmin maka mereka akan lancarkan undi tidak percaya di Dewangan Undangan Negeri.

Terpulang kepada Azmin untuk 'kowtim' dengan Anwar dan kuncu-kuncunya darisegi mengagihkan harta jutaan Ringgit yang ditinggalkan oleh kerajaan BN.

Siapa pun yang naik jika masih PKR, negeri Selangor akan hancur. Perlu diingat PKR merupakan parti serpihan daripada parti Umno. PKR umpama PasMa dimana ditubuhkan ketika beberapa pengkhianat dalam Pas tidak puashati dengan keputusan Presiden bukan untuk membantu rakyat.


1 comment:

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.