Tuesday, September 16, 2014

Saifuddin Kata Kerajaan Malaysia Zalim Kerana Mengekalkan Akta Hasutan


"Saya orang lama dalam parti politik tetapi Akta Hasutan memberi kesan kepada semua pihak. Sesiapa saja boleh terkena kesan akta tersebut, dan terdapat pelbagai masalah dengan akta itu," kata ahli Majlis Konsultasi dan Perpaduan Nasional (MKPN), Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kerajaan akan dipandang zalim apabila terus menggunakan Akta Hasutan ini

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran besar-besaran Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, Isnin.

Beliau turut menganggap akta tersebut sebagai undang-undang yang zalim kerana sesiapa sahaja boleh didakwa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wajar memansuhkan Akta Hasutan dimansuhkan dengan segera.

"Saya yakin perdana menteri benar-benar mahu akta itu dimansuhkan tetapi terdapat segelintir pihak yang menghalang beliau berbuat demikian," kata Saifuddin.

Menurut penganalisis politik Akta Hasutan tidak boleh dihapuskan seperti kemahuan pihak yang berkepentingan kerana Akta ini mampu mengawal dan memastikan rakyat hidup dengan lebih aman dan sejahtera tanpa hasutan.

"Kerja menghasut ini bukanlah kerja orang yang baik-baik malah mereka yang menghasut rakyat mempunyai agenda tersembunyi menjelang PRU14 nanti.

"Jika kita lihat di Sabah dan Sarawak ada beberapa pemimpin politik sudah menghantar kumpulan-kumpulan kecil dengan tujuan bagi menghasut kononnya mereka hidup dalam keadaan tertindas dan meminta penduduk pedalaman bangun menentang kerajaan.

Ini bukti kerja menghasut lebih zalim daripada mengekalkan Akta Hasutan", kata Penganalisis politik.

3 comments:

  1. Suruh Singapore hapuskan dulu akta hasutan baru Malaysia boleh hapus.

    ReplyDelete
  2. hapuskan sekali ciputdin dari umno dulu...

    ReplyDelete
  3. Sama cam nuar. Masa dalam kerajaan semua bagus. Bila keluar macam macam salah.
    Inilah namanya politik. Lain kali jangan percaya orang politik.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.