Tuesday, September 9, 2014

"Sepanjang Pas dalam PR, Pas Terpaksa Mencuci Segala Kekotoran Yang Dibuat Oleh Anwar Ibrahim"


Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik secara keras membidas semula kenyataan yang dibuat oleh PKR dan sekutunya dalam Pas dan menyenaraikan lapan kekesalan rakyat dan penyokong Pas terhadap parti itu dalam kemelut tersebut.


"Selama Pas berada didalam pakatan rakyat Pas terpaksa mencuci segala kekotoran yang dibuat oleh Anwar Ibrahim demi untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada PR.

"PKR sengaja mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

"Kami kesal dengan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar tetapi berlaku sebaliknya dan tindakan PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan Pas serta komponen pakatan pembangkang," katanya menerusi status Facebook beliau hari ini.

Mokhtar berkata, rakyat dan penyokong Pas juga kecewa terhadap penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden Pas itu menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah sedangkan mereka tidak pernah berbincang dengan Presiden Pas.

Dakwanya, perkara lain yang dikesalkan adalah penipuan PKR yang menyebut bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut.

"Kami juga kesal dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati Pas. Hari ini sudah masuk hari ke-19 dokumen tersebut tersebar,'' ujarnya.

Tambah beliau, sikap 'lidah bercabang' Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa Pas berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sedangkan mereka terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi gagal juga dikesali oleh penyokong Pas.

Selain itu katanya, mereka kesal dengan sikap PKR tidak menghormati konsensus pakatan pembangkang yang bersetuju menjunjung institusi beraja berikutan masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri Besar.

Oleh itu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah menteri besar yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ialah jika Sultan pilih MB dikalangan Yb Pas, maka PKR dan DAP dengan semangat setiakawan yang duk sebut-sebut sangat sebelum ini perlu sokong sepenuhnya.

"Jika sekiranya sultan memilih YB daripada PKR rasanya PAS tidak jadi masalah untuk menyokong tapi yang bermasalah sekarang jika sultan memilih YB Pas menjadi MB", kata Mokhtar lagi.

5 comments:

  1. Dah terjun dlm tangki najis, dah tu nak cuci dr dalam. Gitu le jadinya. Nanti nanti bila dah sebati dlm tu, dah tak rasa kotor pulak, seronok pulak dok dlm. Kenalah keluar dulu, bersihkan diri dulu, barulah nampak dan boleh nak bersihkan yg lain.

    ReplyDelete
  2. hukuman tuhan telah berlaku, bertaubatlah. Jangan guna agama untuk kepentingan duniawi. Bala telah turun. Mari kita cari penyelamat ummah di akhir zaman.

    ReplyDelete
  3. Tanya sama omak..tanya uuwan....Sebona nya 2X5..5X2.........kalau takdo kesompatan tanyo kawan kawan !

    ReplyDelete
  4. Bukan tak nampak dah lama dahhhh.Hangpa rodong juga sonnnndoi.

    ReplyDelete
  5. Dengan apa yang terjadi Pas perlu chek balik apakah dengan jadi anggota PR akan sampaikan pas pada cita2 untuk mengislamkan pemerentahan negara ini ? baru sekerat jalan pemikiran orang kanan pas sendiri dah berpecah belah, tikam-menikam, tak percaya kepada "setia", dan berserabut. Tak nampak langsung ada keupayaan untuk perjuangan yg lebih berat san sukar.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.