Tuesday, September 30, 2014

Siapa Yang Membiayai Alvin Tan Di Luar Negara Untuk Bersikap Biadap


Perbuatan blogger lucah, Alvin Tan menghina pemimpin negara termasuk Perdana Menteri dengan kata-kata kesat dan memaki UMNO dalam laman sosial Facebook bukan sahaja biadab, bahkan semakin melampaui batas dan sangat kurang ajar.

Beberapa pemimpin mengecam perbuatan itu berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut yang kini melarikan diri ke luar negara.

Sebelum ini Alvin dan pasangannya, Vivian Lee telah memalukan negara apabila merakamkan aksi seks mereka serta mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan.

Oleh kerana tindakannya yang menghina pemimpin negara dan mengambil kira perbuatannya yang memalukan itu, malah melarikan diri ke luar negara, amat wajar sekiranya dia dibuang kerakyatan.

Dalam status terbarunya di laman sosial itu, Alvin telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya.

Alvin, 46, yang kini dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia mendakwa dia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik.

Sebelum itu pada 12 Mei lalu mahkamah membenarkan pasport Alvin dan Vivian, 25, yang disimpan sebagai syarat jaminan diserahkan sementara kepada mereka berdua dari 18 Mei hingga 3 Jun lalu untuk mereka pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari.

Namun hanya Vivian mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.

Alvin sebelum ini dikenakan waran tangkap setelah gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah dan tidak hadir pada sebutan semula kes sebanyak dua kali iaitu pada 13 Jun dan 18 Julai lalu.

Pihak berkuasa Malaysia boleh bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk menahan Alvin dan mengekstradisi lelaki berkenaan ke negara ini dan seterusnya dikenakan hukuman yang setimpal.

Kes melibatkan Alvin ini adalah satu pengajaran bahawa Akta Hasutan perlu dikekalkan bagi mengekang anasir-anasir yang boleh memecahkan perpaduan negara.

Kita tidak mahu Rukun Negara ke lima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan diperlekehkan hanya kerana membiarkan lelaki seperti Alvin Tan ini terus berleluasa tanpa diambil sebarang tindakan

Persoalannya siapa dibelakang Alvin? yang membiayai Alvin untuk memburuk-burukkan negara sendiri? wajarkah manusia sebigini menjadi rakyat Malaysia.

3 comments:

  1. Dgn. BUMIPUTERA ISLAM/Melayu saja si PENDATANG PENAKUT KANGKANG BABI-PORNO-HOMO ni galak menghina/MENGGERTAK - cuba kalau dia hina BUMIPUTERA Native Americans kat US tu?! Takkan berani!
    Atau bayangkanlah dia hina pemimpin HINDU dgn. begitu BUAS mcm. ni – takkan berani juga!


    Aku syak dari gaya dia ni - dah jadi budak belaan puak ZIONIS-HOMO! Baik NGO Islam/Melayu hubungi umat Islam Malaysia di US utk. minta bantuan "legal aid" dari CAIR (Council of Islamic Relations) di http://www.cair.com/, yg. memperjuangkan hak umat Islam di Amerika utk. buat repot polis kat si Cina RASIS ni psl. menghina Islam/umatnya Aidilfitri dulu dan asyik menghina hanya parti dan pemimpin BUMIPUTERA Islam/Melayu saja - ini tentu akan menjejaskan rekod permintaan Asylum dia kat US tu bawah Hate Crime! Juga mereka boleh menghubungi puak BUMIPUTERA Native American yg. anti-PENJAJAHAN, iaitu AIM (American Indian Movement di http://www.aimovement.org/) kerana si RASIS ni amat benci dan hanya mensasarkan kaum BUMIPUTERA utk. diHINA/DIGERTAK dgn. keji!

    Dan oleh kerana dia MENGGERTAK YAB Datuk Zahid Hamidi utk. di'bunuh' spt- Allahyarham Pres. Gadhafi serta ada waran tangkap dulu, KDN serta PDRM masih boleh keluarkan waran tangkap baru dgn. bantuan Interpol, supaya dpt. di "extradite" kat Malaysia ni.

    Apahallah PDRM haritu tak tangkap bila si PENGGANAS PORNO CINA RASIS ni tak bagi balik passpot dan asyik tak hadiri perbicaraan - Ketua polis bah. jenayah terlibat harus BERTANGGUNGJAWAB!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Ape yg lu merepak ni MSB, selagi melayu sesama melayu berhasad dengki n x mau boikot peniaga cina smpi bila pn pengaruh mrk dlm ekonomi/politik x dpt dihapuskan.......

    ReplyDelete
  3. Zaid pernah kata penampar tu tak salah..tu la jadinya..bila xmau laksanakan undang2 Islam yg sebenar, ni le jadinya..ada faham Pak Zaid ?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.