Saturday, September 20, 2014

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, Inikah Untungnya Pas Bertahaluf"- Kata Hadi


Presiden Pas Haji hadi Awang menyampaikan ucapan penggulungan dengan penuh sindiran dan penuh marah terhadap kebiadapan parti PKR yang kononnya menjadi rakan karib Pas selama ini.

"PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor namun tidak senang dengan layanan PKR kepada Pas diibaratkan mencuci segala kekotoran mereka", kata Hadi

"PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, jadi pengkhianat, semua ada. Haji Hadi mendedahkan kumpulan Anwarinas telah membeli dua Adun Pas supaya menjadikan Wan Azizah sebagai majoriti untuk menjadi MB Selangor. Berapa banyak yang telah dijanjikan oleh kumpulan Anwarinas ini kepada 2 Adun Pas telah dirahsiakan.

"PAS tidak akan berdiam diri dengan dua orang ADUN yang mengkhianati baiah dengan PAS dalam isu MB Selangor.."

"Saya tidak rela ahli PAS semuanya masuk neraka. Jadi PAS perlu masuk campur tangan dalam isu MB Selangor.."

"Perlu difahami bahawa dasar kita berbeza dengan rakan tahaaluf yang lain. PAS dasarnya Islam, DAP dasarnya Sosialis Pragmatis, dan PKR pula dasarnya Sekular Pragmatis.."

"Saya hargai ramai yang menyatakan berdiri di belakang saya. Cuma saya bimbang bila saya paling ke belakang, tiada orang di belakang saya"

"Walaupun kita bertahaaluf dengan rakan pakatan, ahli dan pimpinan perlu tahu bahawa kita berbeza dasar dengan rakan kita. Jangan ada yang tidak faham.."


Ucapan Haji Hadi dalam Muktamar Pas membuatkan ramai kumpulan Anwarinas panas telinga dan beberapa individu dalam kumpulan Anwarinas termasuk Mat Sabu sibuk ber 'Whatsapp' dengan seseorang.


0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.