Thursday, September 11, 2014

Tindakan Anwar dan Guan Eng Mohon Maaf Kepada Sultan Melalui Media Hanya Bermotifkan Politik


Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ismail Mina Ahmad berkata,  
permohonan maaf yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim merupakan satu permohonan maaf kepada sultan Selangor tidak ikhlas dan hanyalah satu kenyataan demi kepentingan politik sahaja.

“Saya nampak, permohonan maaf Guan Eng tidak ikhlas dan seolah-olah sengaja melakukan provokasi terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan hanya menghantar satu sahaja nama calon sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” katanya

"Jika diikutkan dalam sejarah, bangsa Cina adalah satu bangsa yang sangat menghormati pemerintah dan jika dikaji sejarah sewaktu zaman dinasti di China, mereka amat menghormati maharaja mereka.

“Sebaliknya berlaku kepada Guan Eng. Adakah beliau tidak mempelajari sejarah bangsanya sendiri dan adakah Guan Eng jadi begini setelah ikut Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Selain itu, Ismail turut kesal dengan permohonan maaf bersyarat yang dibuat oleh Anwar kepada pihak istana.

“Setelah mendapat tahu bahawa Sultan Selangor murka, beliau sepatutnya segera meminta maaf dan bukannya menunggu sehingga Guan Eng minta maaf,” katanya.

Tindakan Anwar itu menunjukkan bahawa beliau mempunyai sikap biadap dan kurang ajar kepada pihak istana.

“Anwar sebagai seorang Melayu harus tahu adat dan adab ketika berhadapan dengan pihak istana,” ujarnya.

Bahkan, Ismail turut mempersoalkan tindakan Anwar yang hanya meminta maaf menerusi media sahaja.

“Sepatutnya beliau menghantar surat kepada pihak istana untuk bertemu dengan baginda bagi memohon maaf, bukan menerusi satu kenyataan media,” ujarnya.

2 comments:

  1. Anwar mana tahu adat dan adap..Kalau tahu tak lah dia pandang belakang heheheh

    ReplyDelete
  2. mana ada istilah adap pada dajal.anwai bin ibrahim dilahirkan untuk menjadi kurang ajar.orang yg memperjuangkan semua agama sama.lebih kurang ugama sincetologi.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.