Wednesday, September 17, 2014

Ucapan Mat Sabu Yang Membandingkan Ulama Pas dengan Pemimpin Kafir DAP menyebabkan Perwakilan Naik Marah


Sudah diketahui ramai, kelibat Mat Sabu tidak disenangi ramai pemuda yang hadir dalam Muktamar Pemuda kali ke-55. Tindakan reaksi Mat Sabu terhadap anak-anak muda ini pula, mengkritik ulama tanpa segan silu. Mat Sabu membandingkan prestasi ulama dengan pemimpin kafir DAP bagi menarik keahlian anak muda ternyata salah malah anak muda dalam pas bangkit menentang rejim Anwarinas dalam Pas.

Mat sabu dalam ucapannya meminta ulama dalam Majlis syura Ulamak Pas mencontohi pemimpin DAP agar relevan dengan keadaan semasa.

Mat Sabu yang pernah membuat kenyataan sanggup makan babi bersama Lim Guan Eng juga berkata, jika Ulamak dalam Pas mahu dilihat relevan Ulamak mestilah mencontohi pemimpin DAP.

"Sebenarnya, pandangan Mat Sabu tanpa fakta yang jelas. Ulama PAS berkembang kepada entiti baru iaitu ulama pelapis yang membarisi ulama muda. Begitu juga, kemunculan Akademi Latihan Kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat yang baru ditubuhkan dalam mempersiapkan barisan ulamak dengan latihan soft skill(Insaniah) bagi mempertingkatkan tahap keprofesionalan ulama terutama di kalangan ulama muda", kata seorang perwakilan.

Perkembangan terbaru menunjukkan telah berlaku reform di dalam kalangan ulama. Bagaimana Mat Sabu sebagai orang no 2 Pas tidak mengetahui tentang perkembangan tersebut di dalam Pas tetapi lebih mengetahui dan mengambil berat kepada perkembangan dalam parti kafir DAP. Apa sebenarnya yang ingin di bawa oleh beliau sehingga membandingkan prestasi ulama Pas dengan pemimpin kafir DAP.

"Tambahan pula, prestasi ulama belum lagi luntur jikalau dilihat prestasi PRU-13. Masih ramai lagi ulama mendapat kerusi-kerusi penting di peringkat parlimen dan dewan undangan negeri. Sebenarnya, prestasi Mat Sabu sendiri perlu dipertingkatkan kerana beliau telah kalah kali ketiga berturut-turut dalam tiga pilihanraya umum", kata perwakilan lagi

Menurut seorang penganalisis politik Dr Ahmad Musa, Mat Sabu juga tidak cermat dengan fakta sejarah. Beliau beranggapan rakyat Turki mula jemu dengan ulama menyebabkan memilih Attarturk yang sekular. Hujah sebegini merupakan perkara yang sering digunakan golongan liberal bagi menentang ulama atas dakwaan ulama lemah. 

Rujuk tulisan-tulisan pro-Liberal dalam laman web www.irfront.net yang dipelopori Islamic Renaissance Front.

Sebenarnya, rakyat Turki menginginkan kembali kepada agama Islam dan syariatnya tetapi Attarturk yang diktator menggunakan kuasa tentera untuk memaksa rakyat menerima pembaharuan Attarturk. Sila rujuk karya Dr Yusof al-Qardhawi yang berjudul 'al-Hulul Mustawradah' untuk mendapatkan penjelasan mendalam.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.