Friday, September 26, 2014

Walaupun Pas Diperbodohkan Oleh PKR dan DAP Namun Pas Tidak Akan Mendoakan "Dikerat Lidah atau Dibutakan Mata"


PAS hari ini menganggap pengurangan jumlah Exco kerajaan Selangor dari PAS daripada empat kepada tiga orang hanya sebagai perkara biasa dan Pas menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa apa-apa bantahan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap begitu sukarnya Azmin Ali membuat pilihan apabila Pas sudah dilabel sebagai pengkhianat oleh DAP.

Sebelum ini, komposisi Exco kerajaan negeri Selangor ialah PAS (4 ), PKR (3) dan DAP (3). Kini PKR mempunyai empat orang Exco dan DAP kekal tiga orang.

Tiga Exco PAS yang dilantik hari ini ialah Iskandar Abdul Samad (ADUN Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan muka baru Zaidy Abdul Talib (Templer).

Exco yang digugurkan Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Mustaffa mengulangi pendirian Pas bahawa musuh sebenar Pas adalah UMNO bukan DAP atau PKR. 

Sebab itu Pas tidak pernah mendoakan kebinasaan, supaya dibutakan mata, dikerat lidah dan pecah perut kepada parti DAP yang dianggap berdasarkan sekular pragmatik dan PKR yang dianggap sekular sosialis itu.

12 comments:

  1. Kerana seluruh penganut agama PAS telah dibutakan mata hati mereka oleh Allah dek mendewakan peliwat dan penzina yang hebat ... mereka sanggup mendoakan kesejahteraan kepada peliwat dan penzina serta berusaha dengan gigih mahu memartabatkan peliwat dan penzina sebagai perdana menteri ... mereka tidak akan peduli perkara lain ...

    ReplyDelete
  2. Amat memalukan. Aku dah emulate dengan PAS ni dan dah keluar dari parti Islam yang pengecut

    ReplyDelete
  3. Hakikatnya dendam pas pada umno akan tiada noktahnya...lebih rela bergelumang bersubahat dengan kafir2 laknat dan pemimpin yang tidak bermoral dari parti sebangsa seugama..di doa satu hari nanti pas akan hancur..

    ReplyDelete
  4. Satu demi satu, gejala kekalurtan serta kegelojohan parti2 dalam PR telah terbongkar, dengan kehendak Allah.. Pemimpin2 mereka masih merasa diri mereka hebat..., namun percayalah., apa yang sedang berlaku di depan mata rakyat sekarang telah banyak membuka mata & hati rakyat. Hayat PR dalam politik negara telah semakin nazak....

    Rakyat tidak akan lupa kekalutan ini. Rakyat tidak akan memaafkan sikap2 bobrok yang telah terserlah....!!

    ReplyDelete
  5. Bila dah riak dengan ilmu akhirat tanpa ada ilmu dunia tapi nak mentadbir hal duniawi, haru biru jadinya. Kebodohan yang dibuat ditutup dengan ilmu akhirat. Sampai bila nak menipu rakyat?

    ReplyDelete
  6. Pas masih tak cukup 'petunjuk',apa yg berlaku pada Pas kebelakangan ini belum mencukupi utk menginsafkan Pas.Tunggulah 'petunjuk' yg lebih besar,yg mungkin nanti boleh menyedarkan Pas,sehingga tak terkata lagi.

    ReplyDelete
  7. Tolong la ..selamat kan nik ajis.

    ReplyDelete

  8. ABU : ALLAH BERKATI UMNO.

    ReplyDelete
  9. Anwar dan Lim anak beranak lebih dulu kerat lidah serta butakan mata org Pas. Jadi tugas pok Nik doakanlah supaya lidah dan mata org Pas disambung balik serta dicelikkan semula.

    ReplyDelete
  10. Mungkin macai2 umporno mengatakan PR dlm kekalutan terutama dlm isu MB Selangor tapi hakikatnya Wak Sembab (TPM & Timb Presiden Umporno) lebih risau dgn tahap sokongan rakyat kpd parti Dacing, (Umno Masih Tidak Sedardiri - tulisan Nur Jazlan Mat Belon - Malaysian Insider Bahasa - terkini) cuma melayu penerima BR1M n melayu subsidi aje yg masih sokong Umporno... A.B.U.

    ReplyDelete
  11. Anon 74:42 Segeralah berjumpa pok nik bagi medoakan supaya lidah dan mata kamu dipulihkan. Komen semula bila lidah dan mata kamu dah pulih.

    ReplyDelete
  12. tak de ke anak menantunya nasihatkan orang tua tu ! asik nak menghancurkan sesama islam aja banyak sangat ke dap bagi habuan kat dia!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.