Tuesday, September 23, 2014

Wan Azizah dan Dua Adun Pas Yang Menyokong Wan Azizah Dijangka Akan Dilantik Menjadi Exco


Barisan exco Negeri Selangor akan ditentukan Khamis ini selepas sesi perbincangan dengan pihak Istana Selangor.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan akan melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dalam menentukan pemilihan exco yang baru.

Menurut sumber dalaman Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Pas Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Pas Morib, Hasnol Baharuddin dijangka akan dilantik menjadi exco.

Sementara empat exco Pas yang setia dengan parti Pas dan tidak menandatangani surat Akujanji menyokong Wan Azizah dijangka akan digugurkan sebagai exco.

Azmin juga akan membuka semula pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang telah ditutup oleh MB terdahulu Khalid Ibrahim kerana membazir wang rakyat. Manakala Azmin Ali akan melantik semula Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor kerana itu adalah sebahagian daripada perjanjian Azmin Ali dan Anwar Ibrahim dalam perjumpaan sebelum mengangkat sumpah menjadi MB Selangor.

Istiadat angkat sumpah exco Negeri akan diadakan Jumaat ini. 

Sementara itu Azmin Ali tidak menjawab apabila ditanya samada beliau akan menjadi boneka kepada Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahim malah Azmin hanya menjawab "mari kita bergerak kedepan. Keputusan telah pun dibuat dan saya pun telah mengangkat sumpah maka saya akan berusaha bekerjasama dengan semua parti dan memastikan janji yang telah diberikan kepada rakyat dilaksanakan,"

13 comments:

  1. Insyaallah UMNO tidak akan sekali-kali pun terhapus di muka bumi Malaysia kerana penyokongnya ramai. Tindakan PAS menyertai Pakatan hanya dengan tujuan menghapuskan UMNO amatlah malang sekali kerana ia tidak akan menjadi kenyataan. Yang menjadi kenyataan adalah mereka hanya memberi ruang kepada Cina lebih berkuasa.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik bagi terus borang keahlian PKR kepada 2 org Adun tu..... baru selesai masalah, 2 org tu memang berJIWA PKR, bukan berJIWA PAS.Kalau dok dalam PAS pun akan menimbukan masalah kapada parti islam nanti

    ReplyDelete
  3. Selepas gagal Kajang Move.... dengar khabar cerita Wan Jijah nak letak jawatan ADUN Kajang dan kali ini ia dipanggil Kajang Move Out.

    ReplyDelete
  4. Exco apa nak bagi pada Wan Azizah?

    ReplyDelete
  5. Ini lah agaknya perbincangan tertutup yang diadakan di antara Azmin/KETUM/Jijah Kipas/Nurul selepas mesyuarat tergempar PKR tu....KETUM nak jaminan bahawa keluarganya akan diberi habuan sebelum dia check in kat Sg Buloh Hilton. Memang ada Deal Mere Deal nampaknyer!

    ReplyDelete
  6. Apa lah nasib PAS...setelah mencalonkan Azmin sebagai MB, empat orang Exco PAS akan digugurkan. Sudah jelas si Ice Cream ni berkiblatkan KETUM....memang sah Remote Control MB jugak!

    ReplyDelete
  7. Pas hanya layak jadi pecacai guling atas Jalan

    ReplyDelete
  8. Pi mai pi mai yg kalah teruk adalah Pas, dituruti Umno dan Melayu. Dap always win.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya yg pertama adalah peristiharan harta oleh mb

    ReplyDelete
  10. Akhirnya MB Selangor milik PKR, gua x kisah pn sape jadi MB utk info Umporno akan terus layu di bumi Selangor, hrp Najib kekalkan Noh Udang sebagai panglima Umporno n akan teruslah layunya umporno...... A.B.U.....

    ReplyDelete
  11. Akhirnya MB Selangor milik PKR, gua x kisah pn sape jadi MB utk info Umporno akan terus layu di bumi Selangor, hrp Najib kekalkan Noh Udang sebagai panglima Umporno n akan teruslah layunya umporno...... A.B.U.....

    ReplyDelete
  12. Apa ko tak kata gua x kisah pun kalau Anwar masuk ke Sungai Buluh Hilton sebab dia tidak memberi faedah kepada rakyat Selangor

    ReplyDelete
  13. Aku tk kisah pun sape jadi mb.kalau wan jijah pun lagi ok,baru rakyat selangor boleh nampak wayang kulit pkr.tapi yg aku tk puas hati ialah assemin nak lantik semula si punaisihat rm 1.00 sebagai penasihat kerajaan negeri selangor.nanti dia tahan lagi duit peruntukan dari kerajaan pusat.nanti jalan berlubang2,sampah tk berambik,longkang tersumbat.bila duit dh banyak,assemin naikkan gaji tuan punaisihat.hah dia dalam penjara senang lenang gaji beso kita tumpo.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.