Monday, October 27, 2014

Anwar Tetap Akan Menghasut Anak Muda UM Malam Ini Kerana Inilah Jalan Terakhir Buatnya


Anwar Ibrahim bertegas untuk tetap menghadiri majlis menghasut Mahasiswa agar turun dijalanraya bagi menentang kerajaan yang dianggap menggunakan mahkamah untuk memenjarakan dirinya.

Anwar Ibrahim yang telah didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari sedar hanya inilah jalan terakhir beliau untuk menyelamatkan dirinya dari dikenakan hukuman penjara.

Dalam ceramah menghasut malam ini beliau akan menggunakan pentas Universiti Malaya secukupnya bagi menaikkan semangat mahasiswa UM untuk bersama turun ke Mahkamah esok.

Anwar dijangka akan sampai jam 9.30 malam, beberapa penyokongnya akan menunggu dipintu hadapan UM bagi mengelirukan pengawal keselamatan.

Pihak polis akan memantau dan menempatkan anggota di kawasan luar universiti itu khususnya di sekitar Masjid Ar-Rahman untuk memastikan tidak berlaku perkara tidak diingini.

Antara taktik yang biasa digunakan oleh Anwar adalah beliau akan menaiki motorsikal sambil memakai jubah dan ketayap agar tidak dikenali oleh pengawal keselamatan.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.