Friday, October 31, 2014

Baru 20% Hujahan Tan Sri Muhammad Shafee Buat Penyokong Anwar Ibrahim Histeria


Baru permulaan pihak pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberikan hujahan balas terhadap hujahan 14 peguam Anwar rakyat sudah tahu ke mana Anwar Ibrahim akan pergi selepas ini. 

Dalam hujahan itu Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dengan bekas pembantu beliau, Mohamad saiful Bukhari Azlam enam tahun lepas bukan satu konspirasi.

Sebaliknya Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, kes liwat berkenaan merupakan gangguan atau penderaan seksual oleh majikan terhadap pekerja.

"Saya nyatakan teori konspirasi tidak berlaku kerana ia spesifik. Mereka kata arahan dari Perdana Menteri kepada pegawai penyiasat. 

"Mereka juga berkata konspirasi penghakiman melibatkan hakim. Konspirasi dari doktor dan juga konspirasi daripada pegawai kimia. kalau semuanya terlibat dalam konspirasi kita perlu melihat bagaimana ia boleh berlaku.

"Ini tak mungkin konspirasi. Kalau ia konspirasi kenapa Saiful perlu memalukan diri sendiri untuk diperiksa di dua buah hospital. 

Dia juga diperiksa oleh 'DW1' Doktor Othman, anusnya diperiksa dengan alat perubatan. Ini tidak mudah. Kenapa anda buat perkara mengarut ini jika kerajaan terlibat di sebalik semua ini," tegas Muhammad Shafee.

"Mereka (kerajaan) boleh kata (kepada Saiful) anda boleh terus datang ke Hospital Kuala Lumpur, dua doktor sedang menunggu dan tak perlu menunggu dari pukul 4.20 ke pukul 9. Ini semua tak masuk akal.

"Begitu juga dengan bukti 'fresh' berkaitan air mani. Adakah bank sperma wujud di negara ini? Saya tak fikir ada. Ada banyak lagi fakta yang membuktikan teori konspirasi ini adalah salah," tegas Muhammad Shafee.

Muhammad Shafee berkata, kes liwat Anwar dengan Mohamad Saiful Bukhari adalah contoh dominasi majikan ke atas pekerja tanpa kerelaannya.

"Kita mudah menerima berlaku kes-kes penderaan seksual di tempat kerja. Kenapa kita tidak faham mengenai penderaan seksual di mahkamah untuk selama empat bulan ini? Penderaan seksual dalam kes ini melibatkan perbuatan liwat.

"Liwat tanpa rela adalah penderaan seksual. Itulah kes kami. Kenapa kita tidak boleh faham? Kenapa Saiful perlu diperlakukan berbeza dari pekerja-pekerja yang lain?" tanya Muhammad Shafee.

Tegas beliau, mangsa iaitu Mohammad saiful Bukhari seharusnya mendapat pembelaan seperti pekerja lain yang mengalami penderaan seksual

"Kalau pekerja ini seorang wanita semua akan marah termasuk NGO, maka bagaimana dengan kes ini? Bukan rogol sahaja penderaan seksual, liwat adalah rogol antara lelaki dengan lelaki lain tanpa kerelaan. Itu penderaan seksual juga.

"Kenapa lelaki tidak dilindungi seperti wanita? Ini dominasi seorang lelaki kepada lelaki yang lain. Ini penderaan seksual ditempat kerja,' kata Muhammad Shafee.

"Dua puluh peratus hujanan telah saya kemukakan hari ini. Namun saya ambil masa untuk bentangkan fakta-fakta kes sebelum saya masuk dalam isu dan undang-undang.

"Isnin ini, kita akan membentangkan fakta membuktikan Anwar menggunakan kesemua bahan bukti yang dikemukakan kepada mahkamah. Isu ini tidak ditimbulkan di Mahkamah Rayuan sebelum ini," kata beliau.

Antara yang akan disentuh adalah eksibit yang dikemukakan peguam Anwar iaitu tuala, berus gigi dan botol air dalam hujahan rayuan selama tiga hari bermula Selasa lalu.

"Eksibit ini merupakan asas perbandingan dan eksibit ini merupakan pengesahan milik Anwar kerana beliau yang berada di situ dan bukannya orang lain.

"Tuala, berus gigi dan botol air yang dibawa milik beliau. Jadi kita akan mengatakan eksibit tersebut jelas daripada Anwar bila kita bandingkan dengan eksibit P27 semuanya 'Lelaki Y' maka itu adalah eksibit daripada Anwar," kata Muhammad Shafee.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.