Tuesday, October 28, 2014

Bekas hakim Gopal Sri Ram Kini Peguambela Anwar Merupakan Bapa Saudara Ambiga Dibayar mahal


Kata Anwar hanya Gopal Sri Ram sahaja yang mampu melawan dengan Tan Sri Muhammad Shafee kerana Tan Sri Shafee bukan calang-calang peguam.

Sebelum itu Anwar Ibrahim pernah memohon mahkamah supaya peguam pendakwa Muhammad Shafee digugurkan daripada menjadi peguam pendakwa kononnya tiada kredibiliti. 

Anwar juga mencipta berbagai keburukan Tan Sri Shafee sehingga mengupah bekas bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim untuk bersumpah dan membuat akuan berkanun (SD) namun mahkamah memutuskan itu hanya merupakan bukti dengar cakap dan tidak boleh diterima sebagai bukti meyakinkan.

Kini tersebar satu khabar angin bahawa Anwar menggunakan bekas hakim, Dato Gopal Sri Ram yang merupakan bapa saudara Ambiga, untuk buat "deal" dengan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan untuk Anwar terselamat dari hukuman penjara.

Apa yang dimaksudkan sebagai "deal" oleh penyebar mesej tersebut? Untuk tarik seorang wakil rakyat lompat BN, "deal" yang ditawar tapi telah ditolak pun sudah RM6 juta.

Ini pula untuk beri Anwar ruang bebas dari penjara. Nilainya pasti lebih dari setakat wang RM6 juta.

Peguam Anwar Gopal Sri Ram berhujah di Mahkamah Persekutuan bahawa kredibiliti saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak wajar dipercayai kerana keterangannya berhubung kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak konsisten.

Ujar beliau, antara keterangan itu ialah berhubung penggunaan krim pelincir ‘KY Jelly’ dalam kejadian liwat yang dihujahkan oleh pembelaan sebagai keterangan yang difikir semula.

Peguam bela menghujahkan, keterangan berhubung krim pelincir itu boleh diragui kerana perkara tersebut tidak dinyatakan dalam laporan polis yang dibuatnya serta senarai barang kes.

Gopal menyatakan demikian ketika menggariskan 46 alasan bagi menyokong penghujahan dalam rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.- 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.