Thursday, October 9, 2014

Benarkah Umno Hanya Dipenuhi Oleh Ahli Yang Berusia Lebih Setengah Abad?


Benarkah UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu?


Kesetiaan dan sokongan orang Melayulah yang membolehkan parti berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda.

Benarkah UMNO kini sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya? iaitu perjuangan untuk Agama, bangsa dan negara. 

Benarkah UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu sahaja dalam parti? iaitu orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian.

Tidak ada lagi semangat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Dan tidak pun ada kesetiaan kepada UMNO sendiri kerana kesetiaan sudah beralih daripada parti kepada individu tertentu. 


Walaupun sedar sikap dan tindakan ahli serta pemimpin akan menghakis kekuatan parti dan sokongan kepadanya oleh orang ramai dan akan kalah dalam pilihan raya dan tidak lagi akan berkuasa, tetapi individu tertentu lebih diutamakan daripada parti. Biarlah parti kalah asalkan kepentingan orang tertentu ini dilayani. Maka jadilah budaya cantas mencantas. 

Kalau tak dapat jadi calon, rosakkan sahaja parti dan masa depan bangsa dan negara. Pergi jahanam dengan perjuangan dalam parti janji dendam tetap terbalas.

Hari ini siapa yang mendapat jawatan dalam UMNO, yang menjadi ketua cawangan, ketua bahagian akan dapat habuan, akan jadi ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diberi elaun, mendapat kontrak dan bagi ketua bahagian, kemungkinan jadi calon untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau jadi senator Dewan Rakyat. 

Kalah semua pun tak apa sebab jawatan sudah menunggu daripada senator sehinggalah menjadi pengerusi pelbagai agensi kerajaan.

Kalau menang boleh desak untuk menjadi Menteri. Jika tidak dapat, apabila parti menang kecil, sanggup ugut keluar parti. Sesungguhnya menjadi ketua di peringkat apa pun dalam UMNO amat menguntungkan.

Justeru untuk menentukan tiada siapa boleh cabar ketua cawangan atau bahagian yang sedia ada, ini dibuat dengan tidak membenarkan sesiapa yang lebih terpelajar atau lebih berkaliber masuk UMNO. Permohonan mereka dihilangkan, ditolak atau diketepikan. Dengan itu tiada sesiapa yang lebih layak daripada ketua cawangan atau bahagian dapat menjadi ahli UMNO. Yang dapat hanyalah mereka yang 'tidak ada gigi' tidak mampu mencabar ketua cawangan atau bahagian.

Dengan tindakan ini berkuranglah ahli yang berbakat, berkaliber dalam UMNO. Hendak tidak hendak mereka yang berkebolehan terpaksa menyertai parti-parti lawan yang sedia menerima mereka dan mencalonkan mereka. Maka calon-calon UMNO pun dilihat kurang layak daripada calon parti lawan dan besar kemungkinan dikalahkan. Yang tinggal hanyalah warga emas yang sentiasa memenuhi setiap program yang dibuat oleh UMNO.

Tidak ada siapa yang boleh berkata dia tidak dapat apa pun bagi diri sendiri. Sedikit sebanyak setiap ahli UMNO, setiap penyokong UMNO yang bukan ahli mendapat sesuatu. Benar yang tidak sokong UMNO pun dapat, tetapi mereka Melayu dan janji UMNO ialah untuk bangsa Melayu, tidak untuk ahli UMNO sahaja.

Katakanlah UMNO tidak berjaya kerana tidak ada sokongan daripada ahli UMNO, bolehkan kita rasai nikmat-nikmat ini? Saya tidak fikir walau siapa pun yang memerintah maka nasib orang Melayu sama baik atau lebih baik. Kita lihat di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh UMNO, keadaan orang Melayu lebih daif. Sedikit nikmat yang mereka kecapi datang dari Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO.

Jika Kerajaan Pusat tidak diterajui oleh UMNO walaupun Melayu, mereka tidak gemar menolong Melayu kerana mereka terhutang budi kepada orang lain yang bukan Melayu kerana sokongan mereka dalam pilihan raya. Pengalaman orang Perak semasa diperintah oleh parti lawan boleh jadi contoh. Juga di Pulau Pinang, bahkan di Kelantan.

Jelas sekali bahawa setiap orang Melayu dan sudah tentu setiap orang UMNO mendapat sesuatu bagi diri mereka. Mereka mendapat bekalan api elektrik, bekalan air, jalan kampung dan jalan raya, rawatan apabila sakit, sekolah bagi anak, biasiswa ke universiti dalam dan luar negara, pekerjaan, peluang perniagaan, bantuan wang dan aneka jenis subsidi dan bermacam lagi nikmat. Jangan fikir ini memang begitu.

Nasihat daripada Tn Dr Mahathir kepada semua ahli UMNO 


"Terimalah kenyataan yang sebenar dan bersyukurlah. Janganlah mengeluh kerana kononnya tak dapat apa-apa pun setelah menyokong UMNO begitu lama. Sesungguhnya mereka yang tahu bersyukur, Allah berjanji akan memberi lebih banyak nikmat. Insya-Allah, masa depan akan memperlihatkan giliran orang lain pula, mungkin giliran anak cucu kita jika pemerintahan oleh UMNO dapat diteruskan".

"Berilah peluang kepada anak muda untuk menjadi ahli UMNO lebih-lebih lagi anak muda yang berpelajaran tinggi yang mampu menjadi pemimpin UMNO pada masa hadapan"

1 comment:

  1. MENGKRITIK UMNO bukan bermakna buang UMNO!

    Patutnya yg. kena BUANG ialah semua PENASIHAT/MENTERI-LIBERAL-LONGKANG, si PENJAHANAM NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini!

    Terkejar-kejar nak jadi "negara maju" ala- Barat-ZIONIS, sedangkan kaum BUMIPUTERA miskin terus TERGADAI hak dan tanah pusaka kat PENDATANG-RASIS-tak-pernah-kenang-budi mahupun warga asing kaya, terutamanya si PENJAJAH KAPIRDAJAL dari Singapura/Barat-ZIONIS!

    Akibat ini, mungkin cucu-cicit kaum BUMIPUTERA kita bakal jadi PENGEMIS/PENGUTIP SAMPAH kat perkampungan "RUBBISH SLUM" - mcm. yg. berlambak kat Indonesia dan Filipina tu! Di samping anak-anak muda mereka terpaksa dijual sbg. hamba-abdi utk. jadi orang gaji/buruh/PELACUR!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.