Tuesday, October 14, 2014

DAP Ambil Kesempatan Dikala Kuasa Politik Melayu Tinggal Nyawa-nyawa Ikan


Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini, bakal lenyap apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing dengan kadar segera.


Kampung ini dikatakan wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Hairan kenapa lebih 50 tahun penduduk tinggal ditanah tersebut tidak diberikan geran? Bagaimana pula tiba-tiba seorang yang mengaku tuan empunya tanah tersebut yang tinggal di Selangor mahu mereka mengosongkan tanah tersebut?

Lebih 200 penduduk  meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu mereka kerana mereka sudah tersepit tiada lagi jalan keluar majoritinya adalah orang Melayu.

Semua yang berlaku adalah salah orang Melayu sendiri yang suka sangat bergaduh sesama sendiri dan sanggup mengkafirkan sesama sendiri. Malah yang lebih parah lagi ada orang Melayu yang sanggup berdoa agar pemimpin cina DAP Pulau Pinang diberikan kekuatan untuk terus memerintah Pulau Pinang.

Ada juga orang Melayu yang tidak mengaku dirinya Melayu kerana terlalu malu pada cina DAP. 

Ada Melayu yang sanggup berkata "lebih baik bagi cina DAP jadi Perdana Menteri Malaysia".....

Kini kita Melayu patut terima apa sahaja kemusnahan daripada sikap orang Melayu sendiri yang penuh hasad dengki sanggup menolak pemimpin Melayu dan memilih cina DAP sebagai tuan tanah.

Perlu diketahui dasar parti cina DAP ialah menghapuskan status bumiputera sekaligus menghapuskan kuasa politik orang Melayu dan kini sudah pun bermula.

Orang Melayu yang menjadi tuan tanah suatu ketika dahulu kini hanya mampu berteriak, menangis apabila tanah yang mereka duduki sejak nenek moyang mereka sudah menjadi milik orang lain.

Kaum Cina nampak bermusuh dari sudut politik terutama antara DAP dan MCA tetapi bila sampai bab mempertahankan sekolah cina, bahasa serta bab ekonomi, mereka BERSATU!

Kita semua bangsa Melayu sedar tak perkara ini? Jangan lah kita lalai wahai kaum sebangsa dengan ku. Melayu makin terpinggir dan semakin terkebelakang...

Sedarlah wahai bangsa ku.......


Sedarlah wahai bangsa ku, usah bergaduh dan berbalah atas perkara kecil dan remeh temeh. Mari kita bersatu! Lupakan segala persengketaan. Buang jauh-jauh serta tolak ke tepi sentimen kepartian yang tebal.

Kita cari titik persamaan dan bukan cari titik perbezaan. Itulah intipati perpaduan yang kita orang Melayu mahukan. Jika kita bersatu, maka kita akan jadi bangsa yang kuat, di segani dan di hormati!



Mari kita bersatu demi agama Islam, bangsa dan negara!

Mari kita saksikan kebangkitan orang Melayu dibumi yang kini menjadi milik cina DAP





8 comments:

  1. Kalau Melayu bersatu, cinapek2 DAP tiba2 pandai berbahasa Melayu, hantar anak2 ke Sekolah Kebangsaan, signboard perniagaan bahasa cina semua ditukar balik ke bahasa Melayu.

    Tiba2, takde FB yang menghina Islam, menghina Raja2 Melayu, menghina adat2 Melayu dan adat2 Islam.

    Tiba2 bunyi azan dikatakan tak cukup kuat pulak. Tiba2 boleh ambil kisah tentang artis2 dan penyanyi2 Tanah air dan bukan saja Sandy Lam atau Andy Lau di Arena fo the Stars di Genting Highland.

    Tiba2 pandai pulak berbaju Melayu dan berbaju kurung semasa Hari Raya sambil menyambut bersama2 rakyat lain. Bukan macam sekarang.....Hari Raya dibuat tak kisah....tapi CNY disambut sampai 10 hari!!!!

    Banyak lagi benda2 yang akan berubah jika Bangsa Melayu BERSATU!!!!!

    Kita tidak akan dipandang rendah dan dihina.

    ReplyDelete
  2. Melayu mesti bersatu dalam UMNO, parti terbesar orang2 Islam (Melayu itu mesti beragama Islam - Perlembagaan Malaysia). Tinggalkan PAS dan PKR yang tidak berupaya menjaga nama Allah, tidak berupaya menegakkan keadilan kepada TS Khalid Ibrahim, tidak berupaya membendung pesta arak yang jijik, mengikut telujuk DAP walaupun DAP mahu menghapuskan hak keistemewaan kaum Bumiputra dsbg.

    ReplyDelete
  3. Jika Melayu bersatu tiada lagi barua dan broker yang sering menjilat cina DAP tiada lagi Anwar Ibrahim yang memecahbelahkan orang Melayu

    ReplyDelete
  4. Teruskan semangat Melayu, jangan takut. bangsa Melayu dari negeri lain akan datang kalau ada masalah besar. sekarang kita hanya tengok di facebook sahaja dulu...percayalah

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya org2 melayu di malaysia dh boleh mula ketepikan fahaman politik masing2 demi agama dan bangsa sendiri..dh bnyak sgt kena hina..bila kita melawan di cakap rasict..tp bila kaum diorang maki hamun kita semua boleh pulak

    ReplyDelete
  6. Org melayu kne bersatu..xkire politic pe pon..demi bangsa n agama..klo cite politic mmg sume sm je..mgkn nmpak ada yg ok tp xde sp leh nk berjuang tuk bangsa n agama..klo jatuh org melayu n islam mmg susah nk bangkit..so kne la pertahankn cume based nye xde..bnyk sgt game pundek kat atas..

    ReplyDelete
  7. pemimpin,wakil rakyat yang bertanggungjawab memastikan pengundinya ada 'hak' mutlak di atas tanah kediaman .Mereka tahu status setiap inci tanah .Ada yang ambil kesempatan untuk jadikan milik sendiri.Mengenang jasa bekas yb Dato Hamidah Osman......sebelum pru13 beliau giat memberi geran hakmilik sah kepada penduduk setinggan di sekitar dun Sg Rapat.Ketika itu pembangkang mempersenda semahunya niat suci Dato Hamidah."Rumahku Syurgaku" terima kasih Dato kerana memberi "syurga" buat kami............tanpa slogan undi bn masuk surga

    ReplyDelete
  8. Macai2 umporno mudah lupa, BN/Umporno perintah Penang sejak merdeka ngape x diberi geran kpd penduduk terlibat? jika diberi geran kerajaan Penang skrg kena bayar pampasan dgn nilai semasa sekurang2nya penduduk akan jadi jutawan, padahal penag prnh lahirklan seorang PM (Pak Lah) ngape x tolong melayu....... skrg baru menyesal...... hakikatnya pemimpin melayu lebihkan perut mrk aje dr bangsa sendiri........ dimane kedudukan tanah wakaf/rezab melayu di Penang? dh byk tergadai kpd kaum cina ini semua angkara pemimpin umporno, mmg melayu mudah lupa......

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.