Wednesday, October 29, 2014

Doa Laknat Oleh Penyokong Anwar Terhadap Ustaz Haron Din


Kerana kegagalan mendapatkan sokongan dan menarik perhatian lebih ramai orang untuk berdemonstrasi dan bersolidariti dengan Anwar Ibrahim, seorang penyokong Anwar Ibrahim yang juga merupakan ahli PAS, dikenali sebagai Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi Malaysia Waves telah mendoakan agar Allah melaknat ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.


Anwar Ibrahim kini berdepan dengan kes rayuan liwatnya dilihat langsung tidak mendapat sokongan dari golongan ulama PAS khususnya dari Harun Din. Kebiasaanya setiap kali kes Anwar Ibrahim di mahkamah, pastinya golongan ulama dalam PAS akan ke hadapan memimpin solat hajat berjemaah untuk Anwar.

Dalam kes rayuan liwat Anwar kali ini, Haron Din langsung tidak memberikan sebarang reaksi, bahkan langsung tidak membayangkan sokongan.

Sebaliknya Haron Din bersolidariti dengan Presiden PAS yang disaman malu oleh PKR di Kuala Terengganu.

Hingga kini demonstrasi yang dibuat oleh PKR gagal menarik perhatian ahli-ahli PAS, kecuali segelintir daripada mereka yang menganggotai PASMA dan berada di dalam PAS.

Jika sebelum ini doa laknat kepada pemimpin parti tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli PAS melainkan kepada pemimpin-pemimpin dari UMNO. Tetapi sekarang ini kerana Anwar Ibrahim mereka sanggup melaknat pemimpin mereka sendiri.

Sumber di sini

1 comment:

  1. Laknatlah peliwat hampa dulu. Suruhlah anwar tu bersumpah kalau berani, dah 15 tahun menunggu dia bersumpah, tak berani-berani juga.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.