Wednesday, October 1, 2014

Dulu Pas Gelar 'Khalifah Umar Abdul Aziz' Tapi Kini Pas Gelar Guan Eng Sebagai Khalifah Babi


Slogan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan rakyat.

Sebaliknya dengan gelaran yang diberikan oleh Pas kepada Lim Guan Eng mempunyai sikap cauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

''Benarlah kata Rasulullah SAW, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja.

''Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa, kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka dan mereka takut kematian dan hilang semua nikmat duniawi ini," katanya.

Bayangkan bagaimana Guan Eng boleh mengharamkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan kenyataan Guan Eng tersebut terus mendapat sokongan padu daripada kesemua pemimpin Pas yang mengatakan perarakan Maulidurrasul adalah suatu bidaah yang tidak perlu umat Islam laksanakan.

Pendek kata apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng pasti akan disambut oleh semua pemimpin Pas sebagai satu fatwa yang wajib diikut lebih-lebih lagi Nik Aziz.


Pas seolah -olah sudah mendewa-dewakan Lim Guan Eng dan tidak cukup dengan itu adalah pula seorang muslimat yang juga calon Pas Bayan Lepas memberi tahu kepada pengundinya bahawa Lim Guan Eng akan memeluk Agama Islam tetapi meminta perkara ini tidak dihebohkan dahulu. Sampai sekarang.......apa pun tak dak semuanya cuma satu penipuan licik Guan Eng sahaja.

Tetapi kini barulah Pas sedar rupa-rupanya Guan Eng bertindak menggantung bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam jawatankuasa tetap MPPP, bertentangan dengan sikap Khalifah Umar Abdul Aziz.

Pas berkata Guan Eng sudah mencemarkan nama baik khalifah agung tersebut.

Pas mengatakan Guan Eng membina sistem zalim pengamalan yang lama di atas keruntuhan yang lama di bawah pemerintahan yang baru.

Sementara itu Pas mendakwa sepanjang Tahaluf dengan DAP, Lim Guan Eng sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu. 

Sebagai contoh kes Kg Mutiara di Teluk Bahang di mana pemimpin PAS cuba berjumpa Lim untuk membincangkan kes pengusiran penduduk kampung itu sejak 23 Julai tahun lepas.

Pas dakwa pihaknya telah menghantar surat lebih setahun lalu tetapi sehingga hari ini masih gagal untuk bertemu dengan Lim berhubung kes tersebut.

Pas mendakwa lebih mudah bertemu Dr Koh Tsu Kon semasa pemerintahan BN daripada bertemu Lim Guan Eng semara era pemerintahan rejim DAP.

Kini Pas sudah sedar bahawa Tahaluf Siayasi yang dibuat oleh mereka hanya menguntungkan parti kafir sahaja sedang Pas tetap seperti melukut ditepi gantang, umpama keldai yang terlajak bangang.

2 comments:

  1. teringat sejarah lama Lee Kuan Yieu yang berjaya tipu orang-orang melayu Islam di Singapura dulu. Siang malam bersongkok kononnya akan masuk Islam dan sering berada di surau-surau dan masjid. Akhirnya singapura kini menjadi negara kafir....Kaedah yang sama sedang digunakan oleh DAP tetapi saya sangat sedih kerana Melayu buta hati, buta mata, ......cuba baca sejarah

    ReplyDelete
  2. "keldai yang terlajak bangang." hahahaha ...
    Memang sesuai betullah gelaran ni utk Pas.
    Pas, Pas, akhirnya terlajak bangang.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.